BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

apa itu kentut???

poor_guy

Fun Poster
Messages
998
Joined
Jun 18, 2008
Messages
998
Reaction score
4
Points
15
Keflatulenan atau flatulens merupakan kehadiran sebatian gas dalam saluran pencernaan mamalia yang merupakan hasil sampingan proses pencernaan. Campuran gas sedemikian dikenali sebagai kentut, dan dibebaskan melalui dubur.

Kentut dibebaskan dengan tekanan melalui dubur, dengan mana, akibat otot sfinkter dubur bertenang secara sengaja atau tidak sengaja. Ini membebaskan gas dari rektum bahagian bawah. Asasnya ini terjadi apabila tekanan kentut dalam rektum melampaui keupayaan sfinkter dubur untuk menahannya. Bergantung kepada keadaan semasa sfinkter (tenang/tegang) dan kedudukan punggung, ini seringkali menghasilkan sama ada bunyi bergemerisik atau bunyi trumpet, tetapi ia juga boleh berlaku secara senyap. Komponen olfaktori kentut termasuk sebatian skatole, indola dan sulfur.[1] Gas tidak berbau kebanyakannya merupakan nitrogen (dihadam), karbon dioksida (dihasilkan oleh organisma aerobik atau dihadam), dan hidrogen (dihasilkan oleh mikrob yang sama), termasuk juga sejumlah kecil oksigen (ditelan) dan metana (dihasilkan oleh organisma anaerobik).[2]

Kentut merupakan gas boleh terbakar, kerana metana dan hidrogen yang boleh terbakar, dan keduanya terdapat dalam kentut. Apa yang kurang diketahui ialah menyalakan mancis akan menghilangkan bau dari kentut. Ini kerana bau kentut datangnya dari hidrogen sulfida (dari makanan) yang akan terurai kepada wap air dan sulfur dioksida apabila diberi haba

Dalam kebanyakn kebudayaan, kentut di depan umum dianggap memalukan tetapi bergantung kepada keadaan juga jenaka. Seseorang cenderung untuk cuba menahan melapsakan kentut ketika berada dalam kumpulan, atau cuba meletakkan mereka dalam keadaan untuk menyembunyikan bunyi dan bau. Bagi sesetengah budaya, ia tidak berbeza seperti batuk.

Sungguhpun kentut biasanya secara umum dianggap kejadian malang dalam situasi umum, kentut, dalam sesetengah keadaan digunakan sebagai tambahan kepada jenaka ("tarik jari dan saya kentut"), atau aktiviti jenaka dalam dirnya sendiri.
 
errrkk.. thread ni musyuk ler... :p:p:p:p
 
saper yg nk trkentut tu jgn ketut kuat2...
control sikit yk...
 
Back
Top
Log in Register