BTC USD 85,450.0 Gold USD 4,186.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

apa itu CCRIS

abu85

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,148
Paid Membership
Joined
May 31, 2008
Messages
30,148
Reaction score
453
Points
131
Central Credit Reference Information System atau
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat adalah satu sistem pangkalan data
berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat
kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank
Negara Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman
dari mana-mana bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro
Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini. Di dalam laporan CCRIS
terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit
Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan.

Laporan Ringkas Kredit terdapat 3 pecahan iaitu yang pertama menyatakan
permohonan kredit yang dipohon sama ada yang telah diluluskan dalam tempoh
12 bulan sebelumnya dan yang masih dalam pertimbangan pihak bank. Pecahan
kedua pula menyatakan liabiliti semasa yang ditanggung yang meliputi jumlah
baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan tidak kira sebagai peminjam dan
penjamin. Pecahan terakhir pula menyatakan sekiranya ada tindakan
undang-undang yang dikenakan. Jadi sekiranya anda disenarai hitam, dengan
hanya melihat pada bahagian pertama laporan CCRIS sahaja pihak bank sudah
boleh tahu status diri anda.
hahaha ok sekian utk makluman saudara/saudari
 
Last edited:
aku la ni tgh struggle pasal ada cc yg masih belum clear dlm ccris
aku da settle sejak 2006 lagi tp rekod masih ada dlm tu.
slow la bank islam nih
 
aku la ni tgh struggle pasal ada cc yg masih belum clear dlm ccris
aku da settle sejak 2006 lagi tp rekod masih ada dlm tu.
slow la bank islam nih

bleh hilang ker? atau kesan tue tetap ade?
 
kate opiser bnm tu bila bank da update ccris diorang, mende tu akan ilang.masalahnya opiser bankislam tu tah buat apa tah.
aku siap emel komplen ke bnm ngan bankislam lagi.
bnm ada la call aku tp bank islam nih senyap jerrr....
macam diorang ni menyanjung pak lah(tidoo aje)
 
CCRIS ini untuk orang biasa/miskin/cari makan je. Kroni terlepas. Tak percaya, tu Amin Shah-songlap duit kapal Navy-projek taksiap dapat billion-billion, dpt Tan Sri, tak payah balik Malaysia.
 
CCRIS ini untuk orang biasa/miskin/cari makan je. Kroni terlepas. Tak percaya, tu Amin Shah-songlap duit kapal Navy-projek taksiap dapat billion-billion, dpt Tan Sri, tak payah balik Malaysia.

CCRIS ni jadi masalah pada org cam kita ni.. yg nak wat loan je.. Kalu org semekin tapi xnak wat loan kat bank2 tu.. CCRIS x jadi masalah kot.. pendapat kawe la.. tak gitu??
 
Huhuhu...Malysia nih sistem gempak...tapi lembab....ada saja menda yang tak up to date....


 
Back
Top
Log in Register