BTC USD 81,002.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Apa Itu Buli Siber

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20220414_082658_480.jpg

Fahami Apa Itu Buli Siber?

Buli Siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui media elektronik seperti :
1. Mesej teks (SMS)
2. _Chatting_
3. E-mel
4. Laman Web Sosial
5. Telefon bimbit
6. Permainan Internet

Perbuatan buli siber merupakan salah satu kezaliman yang dilarang oleh Islam.

Bermulan Ramadan tahun ini, mari kita gandakan pahala dan elakkan dosa.

Sumber : Portal Myhealth
 
Buli Siber

Kes buli boleh dianggap sebagai kejahatan sosial. Merasakan diri hebat, lebih mulia, perlu dihormati dan orang lain layak dihina, dicaci maki dan diherdik adalah senarai kejahatan yang telah termaktub dalam surah Al-Hujuraat.

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّنْ قَوْمٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُوْنُوْا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاۤءٌ مِّنْ نِّسَاۤءٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّۚ وَلَا تَلْمِزُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوْا بِالْاَلْقَابِۗ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوْقُ بَعْدَ الْاِيْمَانِۚ وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Ayat ini dengan tegas melarang perbuatan jahat dan zalim terhadap manusia lain. Setiap larangan pasti akan dibalas dengan setimpal sekiranya masih ingkar.

Dunia di hujung jari menjadikan manusia semakin berani. Menulis segala perkataan kotor bertujuan menjatuhkan, memalukan, menindas tanpa perasaan bersalah walhal kesemua itu tergolong dalam larangan Allah SWT dalam surah al-Hujuraat itu tadi.

Pelihara dirimu di saat dunia semakin mencabar, nasihat keluargamu agar berwaspada apabila ingin masuk ke laman sosial, kawal nafsumu saat engkau dicabar dalam dunia penuh keterbukaan ini.

Semoga Allah SWT memelihara diri kita sentiasa.

 
Back
Top
Log in Register