BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Apa harus dilakukan?

Klate_Kawe

Fun Poster
Messages
178
Joined
Dec 20, 2010
Messages
178
Reaction score
3
Points
15
Setelah buat pengesanan salah seorang disahkan pembawa penyakit Gentik Talasemia. Adakah anda teruskan untuk memiliki zuriat walaupun ada kemungkinan-kemungkinan.

Berkahwin dan punya anak? Atau Berkawin dan memutuskan untuk tidak punya anak?


Sekiranya anda atau pasangan anda disahkan pembawa penyakit genetik talasemia. sudah tentu risiko anda untuk itu kemungkinan akan turun kepada zuriat. Berkahwin namun untuk adanya zuriat itu ada risiko. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku

Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;

— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;

— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal

2401thalassaemia_zps3c3ed9bc.jpg


Kuasa Allah jua yang menentukan..
 
kurang sel darah merah (hemoglobin)... badan akan jadi lesu sebab sel darah merah bertujuan untuk mengangkut oksigen ke otot2 badan
 
dah tau maknanya kena ambik langkah terbaikla.
zaman pakcik dulu test h.i.v je.hehe
 
Masa saya mengandung, ada buat check darah, baru saya tau yg saya ada thalassemia.
Jadi suami pun diarah buat check darah, alhamdulillah dia takde.
Anak-anak belum buat check darah lagi.

Yang bahaya, kalau suami isteri dua-dua ada thalassemia. Anak akan jadi kes teruk
 
dulu dah check..negatif. masa tu dah ada plan nak kawin dgn awek yg ada unsur penyakit ni..last skali tak jadi kawin sebab ada maslah lain pulak..takde jodoh..huhu sedih nya..luka lama terguris kembali. tt laa wak kuar topik ni..ketawa kecil.
 
aku pembawa gen talesemia...
dari mak aku... adik beradik lain x...

dan nasib baikla psgn bkn pembawa...
mula2 kenal lg dah bwk jumpa doktor buat cek.. hu2

sbg pembawa pun kdg2 ada gak sikit kecacatan pada sel darah merah..
sel darah merah berbentuk xnormal.. oksigen pun kurang diserap..
so mmg akan mudah letih...
dan aku mmg xleh bau asap..lebih2lg asap rokok... lemas...
 
korang yg dh kawin ada check ke dulu? ke main langgar je
 
Back
Top
Log in Register