BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa Dosa Aku?

hhahhaahah..:)):))
tadi tajuk "hinakah aku ini?"

skrg ni, "apa dosa aku?"
hahahahah.:)):))
 
Namaku Eddie.Di sini aku ingin menceritakan serba sedikit tentang kisah hidupku yg penuh dgn dugaan dan cabaran.Aku di lahirkan di sebuah kampung yang terpencil jauh di pedalaman.Kampungku bernama Kampung Pening Cicak yg terletak di sebelah Jawa Tenggara, aku pun tak tahu Jawa Tenggara tu kat mane(mungkin dekat dgn negara Isketampingpong kot).Aku adalah anak yatim piatu.Bapaku telah meninggal dunia kerana dipukul orang.Kini aku tinggal bersama ibuku.Kami hidup dlm keadaan miskin, hidup kami hanya mengharapkan belas kasihan makhluk Allah.

Pada suatu hari, ibuku telah keluar mencari rezeki pada sebelah pagi, tetapi pada hari itu hatiku berasa tidak sedap(mungkin kurang garam).Aku takut ada sesuatu menimpa ibuku.Tiba-tiba pintu dikuak, naik kecut aku.Rupa-rupanya ibuku sudah pulang tetapi dia kelihatan tidak bermaya..Aku terus mendapatkan ibuku.Dia menceritakan yg dia telah dipukul.Aku tahu ini semua angkara keluarga Pak Dol kerana semasa arwah ayahku masih hidup, ayahku ada berhutang darah dgn keluarga Pak Dol.Tetapi tidak cukupkah dengan terbayarnya nyawa ayahku?Aku tak mengerti adakah kerana kami miskin, kami harus dipukul dan dicaci??.Selepas beberapa hari ibuku dipukul, dia meninggal dunia.

Oleh kerana terlampau sedih dan marah, aku mengambil keputusan untuk menyerang keluarga Pak Dol.Setibanya aku di rumah Pak Dol, belum sempat aku berbuat apa-apa, aku di tampar oleh Pak Dol.Tidak cukup ditampar aku dihina, dicaci dan dipijak.Aku tak mengerti adakah aku yg berdosa.Berdosakah aku dilahirkan menjadi seekor nyamuk aedes??


Begitulah serba sedikit tentang kisah hidupku...

Aku spray ngan shelltox juga dia nie...:))
 
Back
Top
Log in Register