BTC USD 85,683.2 Gold USD 4,164.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Apa Definisi Usaha ?

Usaha Untuk Bekerja

Menurut Islam, pada hakikatnya setiap muslim diminta untuk
berusaha dan bekerja meskipun hasil dari usahanya belum dapat
dimanfaatkan.


Ia tetap wajib berusaha dan bekerja karena berusaha dan
bekerja adalah ibadah dan salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah.
 
Adakah ini definasi Usaha ?

Kerajaan telah berusaha untuk menarik pelaburan, menurun kadar pengganguran, kawal kadar inflasi negara..

Dalam masa yg sama rakyat masih terasa terbeban..
adakah punca rakyat itu sendiri tak berusaha ?

atau kerajaan sebenarnya tak berusaha bersungguh2..

Dalam mencari definasi "Usaha" Kita nak blame orang lain atau kita yang mmg problem ?


USAHA-KERAJAAN-MADANI.jpg
 
nak tau apa itu usaha?mai baca kisah saya

 
okay ni thread santai, tapi aku bawa info agama untuk relate.. (yer la bulan puasa, kita ikut mood sama)

nak kata topik ni berat, agak berat.. tp depend cara korang nak melayan topik perbincangan..
klo kita sekat kepada jawapan2 yang "terpintar sahaja" kita akan rugi jawapan2 yang "santai" dan mudah hadam..

aku cuma nak respon pribadi.. maksudnya korang tak perlu pandai agama untuk respon..tak perlu jdi orang yg pakar utk menjawab..ianya cuma cara korang faham istilah "usaha" berdasarkan kehidupan korang sendiri..

klo korang respon logik disesuaikan dgn fahaman agama korang sendiri.. nnt aku komen setuju ke tak.. klo nk malalut bagai.. aku abaikan je..
yang tak berminat, x perlu kusut kan kepala untuk membaca..sila skip.. sebab benda ni aku nk collect respon dan cara berfikir..

Aku sebelum ni memang tak puas hati definasi "usaha" digunakan secara umum..
Jadi aku tak jumpa apa benda definasi "usaha" ni ?

Ini cara aku fikir.. tak pasti korang fikir mcm mne..

Bila kita usaha, orang akan pertikai..

1) kau usaha sikit..tp nak hasil bnyk ? macam mana ?

2) usaha kau tak begitu mengikut cara agama.. lepas tu kau nak dpt banyak ? klo kau dpt banyak pun orang pertikai ianya Istidraj.. Allah nk bg kau lalai biar melingkup..
- cth lain : tu la kau, usaha benda2 yang haram/syubhah/Allah larang.. lepas tu nak dapat hasil yang banyak ? mmg boleh dapat, tp hidup kau jadi serabut mcm skrng la..

3) mmg rezeki kau mcm ni je.. so usaha kau bnyk mana pun.. sama je.. ?

4) kau ni dah la asal hidup susah, kemudian malas, kemudian x nak usaha, suruh belajar "mencari ilmu" pun tak nak.. Aku dh tolong pun, kau takleh nk fikir.. Lepas tu kau nak macam2 ? takde spe nak tolong kau.. elok la kau hidup merempat gini..


so ada 4 benda yang orang pertikai ttg usaha..
Dimana aku dapati, 4 benda ni ada situasi masing2 yang menyebabkan jdi begitu..

Ni video ttg usaha, syukur, nikmat dll dari sudut fahaman agama untuk korang renung sendiri.. apa maksud usaha ? video ni aku share je.. klo korang x suka.. korang bawa video lain utk bg pendapat yang lebih mudah hadam..




Yang berminat boleh terus komen definasi "usaha" masing2..

Apa yang menyebabkan korang rasa usaha itu sebenarnya milik korang ? klo betul usaha itu milik korang.. Mcm mana dgn mereka yang dh usaha tp x dpt ? Mcm mana dgn situasi orang yang ilmu tak tinggi, nak belajar pun susah, hidup pun jadi susah, kemudian takda spe nak tolong sebab dia ni mmg masalah.. Kita tolong pun dia x dapat berubah.. dia mmg mcm tu.. Apa definasi usaha untuk orang begitu ? bertambah sedih, Allah bg nikmat dkt kita.. tp kita rse sakit hati nak tolong orang begitu berubah, sebab dia mmg masalah ? So apa definasi usaha ?

Kalau kita ni hidup dikalangan keluarga kayangan, kita pun cakap kena usaha, sedangkan kita dapat nikmat keluarga kaya, orang lain x dpt.. Ada perbezaan disitu.. menyebabkan usaha kita kita dimudahkan.. Cth lain : kita apply job gov, ayah kita/kawan kita ada cable, maka kita mudah dapat kerja.. Kemudian kita ckp dekat orang lain, kau tak usaha betul2, x belajar betul2.. sebab tu hidup kau begini.. Cth lain : Kita kenal org gov, so kita mudah dpt job gov.. ye la cable.. Kemudian kita cakap, kena usaha.. Kalau kau tak usaha, hidup kau macam ni la.. Pandai pulak cakap rezeki masing2 la.. So macam mana ? Orang usaha vs orang tak usaha ? Orang yg dpt kelebihan tp dia ckp dia usaha, kemudian dia ckp orang lain yg takde kelebihan x usaha.. ?

Aku pun takleh hadam definasi usaha..

kalau kita dari kecil, hidup susah sekalipun, cthnya dari kecil hidup susah, dan besar kita berjaya, ada dikalangan keluarga kita tak berjaya, kita cakap dkt dia, kau tak usaha sebab tu x berjaya. Masa aku dulu belajar susah2 nak masuk U, kau banyak main. Tengok sekarang jdi apa ? Merempat ? Menyusahkan hidup aku..

Kita boleh ckp benda ni dkt isteri kita sendiri, anak2 kita sendiri, adik beradik kita sendiri, kita boleh cakap dekat kawan2 kita sendiri.. kita boleh cakap dekat siapa pun tentang usaha..

So apa definasi usaha ?
kalau hang nak tau apa itu definasi usaha..

hang kena USAHA sempurna janji..contoh
1)hang dah janji dengan majikan/bos nak kerja sungguh2...hang kena USAHA sempurna janji hang
2)hang janji nk jumpa pukul 5pm...hang kena USAHA sampai sana pukul 5pm
3)hang janji nak bayar hutang awal bulan...hang kena USAHA lunas hutang awal bulan tu

hang kena USAHA sempurna amanah..contoh
1)bini hang tu amanah yang diberi oleh pak mertua pada hang...hang kena USAHA sempurnakan amanah untuk jaga dia elok..jangan dok perah tenaga dia untuk buat duit untuk hang.
2)org bagi pinjam keta/barang..hang kena USAHA jaga keta/barang tu supaya tak lingkup
3)tuhan bagi anak kat hang...hang kena USAHA jaga amanah dengan sediakan ilmu,keperluan hidup

hang kena USAHA jaga kepercayaan org...contoh
1)pak mertua bagi anak dara dia kat hang...hang kena USAHA jaga kepercayaan yg di beri oleh pak mertua.
2)bos percaya dengan hang dengan bagi gaji tinggi kat hang...hang kena USAHA jaga kepercayaan dan tunjuk yg hang layak dapat gaji
tinggi.
3)orang cerita hal peribadi kat hang...hang kena USAHA jaga mulut jangan dok cerita kat orang lain.

3 tanda orang munafik ialah dia khianat janji,amanah dan kepercayaan walaupun dia solat,puasa dan pergi umrah haji...org munafik kekal neraka jahanam
 
nak tau apa itu usaha?mai baca kisah saya


aku dah penah baca thread kisah hidup boss..

aku pun bukan baru dkt CG..
dan thread pasal sewa rumah pun aku dh baca..
mcm mana boss usaha beli rumah dan sewakan..

---

Definasi Usaha agak merumitkan utk aku faham apabila ianya hanya kena dgn selera tekak masing2..

sbg cth : kita ckp kita usaha, bila kita tgk org lain.. kita terus ckp dia x usaha.. sbb tu dia hidup susah..

cth lain : kita ckp kita dh usaha, tp org pulak ckp kita x usaha..

cth lain : kita dh usaha kaw2.. tp org ckp tu bkn rezeki kau..

so benda ni merumitkan utk aku fhm.. definasi usaha..

bertambah rumit bila, kau x usaha pun.. tp klo dh tertulis rezeki kau begitu begini.. kau akan tetap accept.. ni adalah usaha aku dari dlu.. bla bla bla.. klo x buat begitu begini.. mmg xde nya nk dpt semua benda ni..
 
okay ni satu cth usaha.. yg mana berkaitan dgn impian..
ada benda bila dia usahakan dia dapati, ada harga yang dia kena bayar..

adakalanya bernilai pada ketika itu..
dan wang takleh beli benda2 yang sentimental..

So definasi usaha ni kne smpi tahap ada harga yg kena bayar ? Baru dikatakan usaha ?

17114361870990.jpg
 
aku dah penah baca thread kisah hidup boss..

aku pun bukan baru dkt CG..
dan thread pasal sewa rumah pun aku dh baca..
mcm mana boss usaha beli rumah dan sewakan..

---

Definasi Usaha agak merumitkan utk aku faham apabila ianya hanya kena dgn selera tekak masing2..

sbg cth : kita ckp kita usaha, bila kita tgk org lain.. kita terus ckp dia x usaha.. sbb tu dia hidup susah..

cth lain : kita ckp kita dh usaha, tp org pulak ckp kita x usaha..

cth lain : kita dh usaha kaw2.. tp org ckp tu bkn rezeki kau..

so benda ni merumitkan utk aku fhm.. definasi usaha..

bertambah rumit bila, kau x usaha pun.. tp klo dh tertulis rezeki kau begitu begini.. kau akan tetap accept.. ni adalah usaha aku dari dlu.. bla bla bla.. klo x buat begitu begini.. mmg xde nya nk dpt semua benda ni..
usaha sempurnakan janji
usaha jaga amanah
usaha jaga kepercayaan.

amal 3 benda ni walaupun nampak remeh...
10 taaun nanti hg akan nampak itu usaha..
 
Ni cth usaha, yang dibuat secara merancang.. orang kampung buat 2-3 job utk mencari rezeki..
Yg menariknya..

ada usaha yg dibuat utk kelansungan hidup harian, mingguan, bulanan, tahunan..

Adakah ini definasi usaha.. ? Kena merancang dan berterusan melakukan nya..

17114475784130.jpg
 
Ramai sebenarnya buat 2-3 job untuk menyatakan bahawa mereka sedang usaha.. Orang kampung cara kampung, orang bandar cara bandar..

Kisah dibawah ni dia dapati usahanya tu dh start jdi amal kebajikan..

Ada orang usaha, tp dia menilai usaha nya itu berbaloi ke tidak dalam kontek mengurus perbelanjaan..

Ada ketikanya, x buat apa itu lebih berbaloi berbanding usaha gigih.. Untuk kisah ini dia ada 2-3 job..

So usaha ni kna berbaloi dgn pulangan baru dikira sebagai usaha ?

17114491920170.jpg
 
Back
Top
Log in Register