erm....tp kalau kita tgk, ramai umat islam di negara bukan islam sbg agama rasmi...msh lbh Islam dr kita yg kat sini...nak kata kerajaan dia sediakan suasana Islam yg kondusif, sy rasa tak jugak...
kadang2 kita hanya bercakap berdasarkan yg kita nampak dr luaran...cuba dekati golongan yang bermasalah sosial ni sendiri...pasti jwpn yg kita akan dpt ialah....tatau solat, tatau ngaji...takkan salah kerajaan jugak kot?
yes, memang salah kerajaan...kenapa begitu?
kerajaan tidak menyediakan pendidikan Islam yang lebih mendalam. sekolah-sekolah konvensional lebih banyak daripada sekolah-sekolah agama yang ditubuhkan oleh kerajaan.
even Pendidikan Islam di sekolah konvensional pun, apa yang diorang ajar? cuba saudara insyi tengok silibus Pendidikan Islam sekolah kita, apa yang ada?
manakalah sekolah-sekolah agama (SMKA) yang ditubuhkan oleh Kerajaan, beza dengan konvensional hanyalah tambah pelajaran Bahasa Arab Tinggi dan Komunikasi sahaja. tetapi tidak didedahkan pelajaran seperti Tafsir al-Quran, Hadith, Sirah, Akhlak dan lain-lain penghayatan agama seperti kebanyakan sekolah agama yang didirikan oleh PAS.
kebanyakan rakyat malaysia, bukan semua yang reti agama. kekadang tu nak ngajar agama kepada anak-anak pun tak reti. nak antar sekolah agama tak banyak yang ada kat Malaysia. tambahan plak sekolah menengah kebangsaan lebih banyak atau lebih dekat dengan rumah. so tiada pilihan mesti hantar ke sekolah konvensional.
so, jika kerajaan Malaysia boleh menukar sistem pendidikan konvensional kepada sistem pendidikan Islam yang lebih mementingkan pendidkan akhlak...nescaya kadar jenayah pada hari ini boleh dikurangkan pada kadar yang minima walaupun sememangnya kita takleh nak banteras kesemuanya...
so, siapakah yang menyediakan pendidikan kepada anak-anak Melayu sebenarnya?
di manakah anak-anak mula mengenal dunia? di rumah? di sekolah? di persekitaran kampung? masa belajar kat univ? atau di mana?
p/s : kalau betul Islam hanya tanggungjawab dari ibubapa, maka Rasulullah tak perlu buat Negara Islam Madinah & Piagam Madinah...tak perlu tadbir sebuah negara...