BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa aku sedar Aidil Adha ini....

whiplash

Fun Poster
Messages
166
Joined
Jan 10, 2010
Messages
166
Reaction score
1
Points
15
Salam,

Just nak kongsi buah fikiran aku tentang masyarakat Islam kita

hari ini. Aku pun baru dapat kesedaran tentang benda ni masa

raya haji yang lepas..ye la, jem nak pegi balik kampung panjang

sgt, bnyak la dok pikir...

SIKAP MASYARAKAT ISLAM MASA LAMPAU

Masa khutbah raya haji tu, imam ada menceritakan kembali kisah

di mana Nabi Ibrahim a.s menerima wahyu dari Allah dalam bentuk

mimpi supaya baginda menjadikan anaknya Nabi Ismail a.s, yang

ketika itu diriwayatkan berusia antara lingkungan umur 6-9

tahun, sebagai korban dengan cara penyembelihan...Nabi Ibrahim

a.s pada mulanya yang ragu-ragu samada mimpi baginda itu benar

atau tidak, akhirnya yakin bahawa itu adalah perintah Allah

ketika bermimpi perkara yang sama berturut-turut pada malam

ketiga. Apa yang menjadi kekaguman saya adalah bagaimana pada

ketika itu, 3 insan ini, Nabi Ibrahim a.s, isterinya Siti

Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s, dengan penuh keredhoan

menerima perintah ini tanpa banyak soal....

Perlu dingat beberapa fakta ini ye:
1. Nabi Ismail a.s adalah anak pertama Nabi Ibrahim a.s setelah pada usia baginda diriwayatkan 100 tahun...perkahwinan Nabi Ibrahim a.s dengan Siti Hajar pun adalah persetujuan isteri yang pertama Siti Sarah, yang juga merupakan perintah Allah, apbila Nabi Ibrahim a.s mengadu pada Allah tentang ketiadaan zuriatnya.

2. Umur Nabi Ismail a.s ketika itu yang baru pandai bercakap, yang menjadi buah hati, penghibur kepada ibu bapanya...

Inilah agaknya yang dikatakan golongan 'samiq'na wa

ataq'na'....KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH YA ALLAH.......tanpa

banyak soal dan dolak dalih lagi....begitu tinggi keimanan

mereka...


Teringat saya situasi, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, para

sahabat sentiasa bertanya kepada baginda, ya Rasullah,

apakah ada turun wahyu baru?....apakah ada turun perintah

baru?...sebagai contoh, diceritakan bahawa ketika turun

wahyu yang mengatakan arak itu haram, para sahabat segera

pulang kerumah, mengambil arak2 simpanan mereka lalu

membuangnya......

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT YA ALLAH.....


SIKAP MASYARAKAT ISLAM MASA KINI

Bahagian ini saya buka untuk perbincangan...saya dan anda semua

lagi arif tentang masyarakat di sekeliling kita....di

tempat kerja, sekolah, pasar.....memang ada orang akan

berkata, buat kita berbincang tentang hal ini di ruangan

yang sempit ini? tapi sekurang-kurangnya melalui

perbincangan sebegini walau kecil bagaimanapun, mampu

menimbulkan kesedaran.....dan dari kesedaran itu

InsyaAllah akan timbul keupayaan untuk mengubah

keadaan...
 
SIKAP MASYARAKAT ISLAM MASA KINI

Bahagian ini saya buka untuk perbincangan...saya dan anda semua

lagi arif tentang masyarakat di sekeliling kita....di

tempat kerja, sekolah, pasar.....memang ada orang akan

berkata, buat kita berbincang tentang hal ini di ruangan

yang sempit ini? tapi sekurang-kurangnya melalui

perbincangan sebegini walau kecil bagaimanapun, mampu

menimbulkan kesedaran.....dan dari kesedaran itu

InsyaAllah akan timbul keupayaan untuk mengubah

keadaan...

tak paham :-?
 
tak paham :-?

maybe maksud tt org skrg, xde dh wahyu baru, dh termaktub sume2 hukum hakam halal haram dosa pahala, but masih juga nk buat perkara mungkar. masih juga memberi alasan perkara mungkar itu lebih penting dr ALLAH..masih juga..jasad dan nafsu didahulukan, ALLAH dikemudiankan..

maybe..

krn kita tidak lagi mengajar anak2 kita ALLAH itu Esa. ALLAH itu Maha Pencipta. kita hamba dan ALLAH Tuhan kita..

maybe...

sbb itu berat untuk mentaati Perintah2 ALLAH..

maybe..
 
orang sekarang ni banyak pertikai.
Banyak nak ikut logik akal.
Semoga kita semua bertambah keimanan..
 
sebab org skrg tak DENGAR
camne nak patuh

tak dengar al quran dan menghayati maknanya
 
pada pendapat saya...orang sekarang....akhir zaman.......
 
masalah umat islam sekarang ialah tak usaha atas iman...

bila iman lemah nak buat amal soleh pun jadi berat...

nak solat berjemaah pun jadi malas...

konklusinya, mari la kita semua gotong royong usaha atas iman...

dengan izin Allah SWT, maksiat berkurang dan umat islam kembali beramal perintah Allah SWT
 
tak paham :-?

Betulkan aku jika salah, apa yg nk aku maksudkan ialah, orang-

orang Islam sekarang terlalu mempersoalkan hal-hal hukum....

jika timbul satu situasi di mana seorang ulamak, yang kita

yakini dan diiktiraf umum menyatakan tentang sesuatu perkara dan

mengajak kita ke arah perkara tersebut, sebetul-betulnya

hendaklah kita ikuti tanpa banyak soal......bukankah telah

dinyatakan ulamak-ulamak itu adalah pewaris nabi.....hatta

pemerintah sekalipun perlu mengambil kira dan mengikut saranan

para ulamak ini.

Seperkara lagi, yang tidak perlu kita persoalkan dan terlalu

fikirkan, debatkan ialah tentang Zat Allah, hal-hal

ghaib.....perkara ini telah dipesan oleh Rasullah s.a.w


Saya sebenarnya melihat perkara ini terjadi natijah didikan yang

kita berikan kepada anak-anak kita....selalunya yang saya

lihat,ibu bapa menerapkan nilai-nilai agama pada diri anak-

anak pada umur yang sudah lewat....bayangkan pada umur 8-9

tahun, kita mula berkeras supaya anak-anak

bersembahyang....pada ketika ini anak-anak sudah mula bijak

berfikir dan mula mempersoalkan perintah2 ibu bapa.....pada

ketika ini ibu bapa hendaklah menggunakan hujah2 yang bijak

untuk mendidik anak-anak ini....andaikata ibu bapa mula

mengajar anak-anak bersembahyang pada usia yang lebih muda

lagi,InsyaAllah ajaran tersebut akan lebih mudah tersemai tanpa

banyak soal....andaikata jika ada juga persoalan yang timbul

daripada anak-anak ketika ini, pendekatan yang lebih baik

adalah dengan berkeras pada mereka untuk menerima tanpa banyak

soal...
 
Back
Top
Log in Register