BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa ada di Penang?

Nasi Kandar Line Clear

Yang pertama, aku tahu sesapa yang first time datang ke Penang pasti nak merasa nasi kandar. Kalo kat sini, di kalangan penduduk lokal, nasi kandar yang menjadi sebutan dan best adalah nasi kandar line clear. Kedai nasi kandar ni terletak di Jalan Penang. Nasi kandar kat sini memang 'champion'. Lagi satu, nak makan nasi kandar korang kena cakap kat mamak tu nak makan lauk apa, pastu cakap ngan dia kuah campur. Memang best!

2211290054_1d74fa5510.jpg


Sup Hameed

Kalo malam-malam korang terasa nak makan sup torpedo (sup torpedo adalah sup **** *tuut* lembu), atau terasa nak makan sup yang best, korang boleh try sup Hameed. Juga terletak di Jalan Penang (kalo tak silap) berdekatan dengan hotel Cititel. Kalo malam-malam kawasan ni memang happening dan ramai orang. Yang ramai orang tu sebab yang suka clubbing tu, kat sini memang area kelab malam.

2211251334_c438b60912.jpg


Bagi yang tak suka clubbing dan hidup bebas tanpa najis dadah dan alkohol, mereka akan mencuba sup Hameed. Korang bleh pilih nak makan sup apa, sup perut, sup ayam, sup daging, sup lidah, sup tulang, sup torpedo atau pun korang bleh suruh dia buat sup campur...

Restoran Pen Mutiara

Kalo korang nak proper dinner dengan masakan kari kepala ikan atau masakan ala Thai, korang boleh ke restoran Pen Mutiara ni yang terletak dalam area Bayan Lepas, dekat Batu Maung. Restoran ni berdekatan dengan jeti LKIM.

1480594604_069440e485.jpg


Restoran ni berhawa dingin dan masakan dia pun best. Korang boleh pilih untuk makan masakan tempatan Pulau Pinang atau masakan ala Thai. Kari kepala ikan dia pun memang power tak hengat. Dari segi harga, memang harga dia harga macam makan kat gerai tepi jalan seperti kedai Pak Husin Tom Yam, Bangkok Tom Yam dan lain-lain. Cuma yang lagi best, kat sini korang boleh tunjukkan bakat nyanyian korang. Ada karaoke!

Laksa Janggus

Kalo korang datang Penang dan tak merasa laksa Penang, memang korang hampeh! Laksa Penang yang best dan famous seluruh Pulau Pinang yang dibuat oleh orang Melayu dan dijamin halal adalah laksa janggus.

669753532_a43771fdbf.jpg


http://lelabu.com/blog/2008/01/22/makanan-best-di-pulau-pinang/
 
huhu... lapaq plak aku nengok posting di atas neh...
 
saya pun dok area penang..mmg otai la kat pulau tu..apa2 hal contact aku bro..apa 2 pm no ko...nanti aku contact balik bro
 
Terpaksa gi Penang selasa ini sebab hari isnin pengetua suruh jaga sekolah takut budak-budak bom sekolah( spm habis hari isnin di sek saya, takut budak main mercun sambut merdeka) hua3x
 
Salam semua I nak g Penang 16-18 Jan nant nak tanya ader saper2 tau tak nak sewa kete murah kat area sana? untuk date di atas lah...klau leh nak kete best mcm v6 ker,vios ker hihi.....pastu nnt i dok cititel hotel leh tau tak aper yg best area2 sana atau area vistana pen lagik best? tq....
 
p la..sekrng kan tgh la ngn pesta penng....:)
 
Welcome to Penang ya.. :)

Penang nie.. terpulang juga pada orang yang datang,
ada yang datang nak shopping... ada yang datang nak makan..
ada yang datang nak rehat2..

so.. ikut la.. bukit bendera..? kalau tak pernah leh la cuba..
kalau dah pernah naik.. x payah kut.. sbb sesak dan servise agak kurang,
silap hb sangkut lak nanti...

yang lain ok la.. jalan2 ke gurney, batu feringghi dan layan la
night market kat gurney.. org KL ramai datang cari DVD kat sini.. :)
 
Salam Razif u ader aper2 info tak pasal sewa kereta kat penang ni?
sebab dah servay agak mahal gak ler :(
 
Back
Top
Log in Register