BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News AORUS Malaysia Kemaskini Harga NVIDIA GeForce RTX 3000

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,630
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,630
Reaction score
7,745
Points
916
Setelah sejumlah jenama pembuat komponen komputer memperlihatkan penurunan harga kad grafik mereka, AORUS, jenama gaming dibawah Gigabyte turut mengemaskini penawaran kad-kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX 3000 mereka.

Melalui laman web AORUS Malaysia, syarikat tersebut memperlihatkan kemaskini tanda harga untuk pelbagai jenis kad grafik dari NVIDIA GeForce RTX 3050 sehinggalah NVIDIA GeForce RTX 3090.
​
AORUS-Malaysia-Price-Update.jpg.webp

Untuk model yang paling murah, siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 mereka bermula dari harga RM1389, GeForce RTX 3060 dari harga RM1859, GeForce RTX 3070 dari RM2919, GeForce RTX 3080 RM3899, dan NVIDIA GeForce RTX 3090 pada RM8139.

AORUS Malaysia juga berkata bahawa anda yang berminat untuk mendapatkan kad-kad grafik ini boleh ke kedai-kedai pengedar komponen berdekatan anda untuk membelinya.

Sumber asal Aorus Malaysia​
 
3060ti elite....harga range rm3k..harap2 turun la sikit lagi rege...
 
Back
Top
Log in Register