BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar menghadap Raja Kemboja

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

Anwar menghadap Raja Kemboja​

Mac 27, 2023 @ 11:30pm



KUALA LUMPUR: Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

Raja_Kemboja-Anwar_1679933559.jpg






Anwar menerusi hantaran di Facebook malam ini memaklumkan, beliau menyampaikan hasrat kerajaan Malaysia untuk terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara yang terjalin sejak 66 tahun lalu.

Perdana Menteri turut mengadakan kunjungan ke atas Presiden Senat Kemboja, Say Chhum, dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja, Heng Samrin dan bertukar-tukar pandangan.




Anwar-Kemboja_1679933557.jpg


"Dalam kepadatan jadual, saya sempat menyantuni diaspora Malaysia dalam satu majlis di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh selain menyampaikan hasrat kerajaan agar kebersamaan dan kesepaduan terus dituntut meski berada di luar negara," katanya.

Anwar hari ini tiba di Kemboja untuk lawatan rasmi sehari bagi memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama dua hala yang terjalin antara Malaysia dan negara itu sejak 1957.

Raja_Kemboja-PM_1679933561.jpg


Lawatan rasmi dan sulung Perdana Menteri ke negara itu adalah atas undangan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen. – BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadap Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni, di Istana Diraja Kemboja, hari ini. - FOTO FACEBOOK ANWAR IBRAHIM


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadap Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni, di Istana Diraja Kemboja, hari ini. - FOTO FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
 

Anwar puas hati hasil lawatan ke Kemboja​

Mac 28, 2023 @ 12:16am
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bercakap kepada pemberita Malaysia di akhir lawatan rasminya ke Kemboja, malam ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bercakap kepada pemberita Malaysia di akhir lawatan rasminya ke Kemboja, malam ini. - Foto BERNAMA

PHNOM PENH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau serta antarabangsa dengan rakan sejawatannya, Hun Sen.

Bercakap kepada media Malaysia di penghujung lawatannya, Anwar sangat menghargai jemputan rakan sejawatannya itu, seterusnya memperkukuhkan hubungan diplomatik yang terjalin sejak 66 tahun lalu.

Anwar menunaikan solat Isyak tarawih bersama di Masjid Al-Serkal, Phnom Penh, malam ini. - Foto BERNAMA
Anwar menunaikan solat Isyak tarawih bersama di Masjid Al-Serkal, Phnom Penh, malam ini. - Foto BERNAMA

"Dalam mesyuarat dua hala, Hun Sen turut mempelawa Malaysia supaya menggunakan produk buluh tempatan di sini, selain saya berpeluang berbuka puasa dengan 6,000 orang Islam di Kemboja dalam majlis yang dihoskan oleh Hun Sen.





"Saya juga berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan dari Malaysia di Kedutaan Malaysia di sini," katanya.


Anwar menyampaikan tazkirah selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Al-Serkal, Phnom Penh, malam ini. - Foto BERNAMA
Anwar menyampaikan tazkirah selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Al-Serkal, Phnom Penh, malam ini. - Foto BERNAMA

Sementara itu, Anwar berkata isu ketegangan di Myanmar yang dibangkitkan oleh Hun Sen lebih sesuai dibincang dan dirundingkan di peringkat ASEAN.

Menurutnya, ia berikutan isu di Myanmar adalah politik dalaman negara berkenaan dan ASEAN platform terbaik untuk membincangkannya sebagai satu pasukan.

Anwar tiba di sini pagi tadi bagi memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama dua hala yang terjalin antara Malaysia dan negara itu sejak 1957.

Sebaik tiba, Perdana Menteri dibawa ke Peace Palace di sini iaitu pejabat rasmi Perdana Menteri Kemboja untuk diberikan sambutan rasmi dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, diikuti acara lintas hormat diiringi Hun Sen.

Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan pertemuan dua hala bagi membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa, disusuli sidang media bersama untuk memaklumkan hasil perbincangan sebelum menyaksikan pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Kemboja.

MoU itu adalah mengenai Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja Kemboja bagi Sektor Domestik serta Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja Kemboja bagi Sektor Formal yang akan memperkasakan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam sektor perburuhan.

Anwar turut menghadap Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni, di Istana Diraja Kemboja selain mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat Kemboja, Say Chhum dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja, Heng Samrin.

Selepas bersolat tarawih dan menyampaikan tazkirah ringkas di Masjid Al-Serkal, Anwar berlepas pulang ke tanah air. – BERNAMA
 
Tak bole arab kemboja pun jadi lah..

Balik nanti jgn lupa bawa ole2,
Bawak masuk pendatang kemboja 2kapal pun ok dah utk dikawen dgn pemduduk sini
 
Senang betul non dapat tauliah tazkirah kat sana, xmcm kat malaysia
Kat sini, ustaz power2 yg boleh tarik crowd pun susah nak dapat tauliah

Jadi blek pink jugak senang
 
Back
Top
Log in Register