BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar janji minyak RM2 seliter

anida80

Active+ Member
Messages
2,936
Joined
May 1, 2008
Messages
2,936
Reaction score
9
Points
25
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini berjanji menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan, hari ini membuat tawaran lebih manis apabila menjanjikan harga bahan bakar itu pada RM2 seliter.

Beliau yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, menggunakan alasan harga minyak dunia yang semakin menurun untuk mengurangkan 20 sen lagi sekiranya berkuasa.

''Sekiranya hari ini kita dapat menubuhkan kerajaan, esok kita akan turunkan harga minyak kepada RM2 seliter, kita cadang turun 50 sen semasa harga minyak AS$135 setong, kini kita cadangkan 70 sen pula ketika harga minyak AS$125 dolar setong.

''Saya ambil pendekatan lebih realistik berdasarkan kajian Morgan and Stanley dan CERA (Cambridge Energy Research Associate) yang meletakkan 'breakpoint' AS$135 dolar setong dan sekarang akan turun atau stabil.

"Jadi kalau anda semua sayang kita, pakatan pembangkang menang, minyak RM2 seliter, anda sayang Barisan Nasional (BN) minyak RM2.70 seliter," katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan borang menyertai PKR oleh bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew dan 1,700 ahli baru di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan harga runcit minyak mulai 1 September ini akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia dengan subsidi dikekalkan pada kadar 30 sen seliter.

Ini membolehkan harga minyak akan diturunkan jika purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia susut ke bawah paras AS$125 setong iaitu kadar ketika penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan kerajaan pada 4 Jun lalu.

Mengenai persiapan menjelang pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh, Anwar berkata, pihaknya tidak memandang mudah perkara itu dan akan mengkaji kekuatan BN, peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan jentera kerajaan.

Berdasarkan pengalaman ketika berdepan pilihan raya kecil sebelum ini terutamanya di Ijok, beliau menjangkakan kerajaan menyalurkan peruntukan mencecah ratusan juta ringgit untuk pembangunan di Permatang Pauh.

Anwar juga mengakui Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak, disebut-sebut bakal menggantikan Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen tetapi keputusan mengenainya belum muktamad dan hanya akan diumumkan Rabu ini.

Ditanya apa pelan kecemasan jika beliau ditahan polis berikutan dakwaan liwat yang dihadapinya, Anwar berkata, tidak ada asas dan sebab untuk beliau dikenakan tindakan demikian.

"Sudah tentu kita akan lawan penahanan (jika berlaku), di peringkat parti, saya serahkan kepada pemimpin parti untuk ambil tindakan seterusnya," katanya.

Selain itu, katanya, tidak ada sebab Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dikenakan atau tindakan itu akan menambah alasan kenapa pakatan pembangkang perlu mengambil alih kerajaan dengan lebih cepat.
 
Turun rendah dari $1.92 baru le dikatakan benar2 turun :)
 
kalau aku, aku janji singgit je/liter L-)
 
pilihlah yg terbaik untuk semua raknyat:)cgrock :)cgrock
 
rm2 pon rm2 la....
janji jgn lebih rm2...
:D :D :D
 
Turun rendah dari $1.92 baru le dikatakan benar2 turun :)

Turun 70 sen kire turun gak tuh.. Aku memang dah tak tahan sgt dengan idea bodo 2 minit paklah nih.. rebat lah..subsidilah..~X(
 
ok le turun 70sen....

daripada naik 68sen...

mana korang nk...??
 
di harap menjadi kenyataan.....

selagi pok lah duk atas nie n beberapa orang UMNO yang tak sedar-sedar lagi akan kedudukan hangpa dah tergugat so selagi tula akan menzalimi rakyat..

aku nak muntah jer if depa duk bising mengatakan depa pembela bangsa,negara dan apa-apa ntah....

BN banyak yang penjilat....pak lah lak makan dek pengampu....mengong.
 
Back
Top
Log in Register