BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar digesa angkat sumpah nafi

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
KUALA LUMPUR -Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi digesa mengangkat sumpah bagi menafikan beliau terlibat dalam kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang membuat gesaan itu berkata, sebagai seorang Islam, Anwar harus mengangkat sumpah sekiranya tiada bukti untuk dikemukakan bagi menegakkan kebenaran dalam kes itu.

“Saya juga mahu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah supaya bertanya kepada beliau kenapa tidak berani mengangkat sumpah bagi menafikan terlibat dalam kes tersebut.

“Mereka berdua sepatutnya lebih mengenali Anwar, jadi mereka perlu menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya mengambil tindakan yang sama seperti Mohd. Saiful Bukhari yang sudah dua kali mengangkat sumpah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang enggan mengangkat sumpah sebaliknya hanya berani membela diri dalam kandang tertuduh – yang tidak memerlukannya mengangkat sumpah.

Tambah Mashitah, Anwar juga sepatutnya mengangkat sumpah bagi menafikan beliau tidak terlibat dalam video aksi seks yang dikaitkan dengan dirinya.

“Adakah Anwar takut termakan sumpah sekiranya beliau menafikan perkara yang benar-benar berlaku?” soalnya.
 
Ambo dengar sorang peguam sembang kat kedai kopi sebelah mahkamah ni.. katanya sebaik sahaja Anwar angkat sumpah menafi.. nasib Anwar akan tamat ditangan Kerajaan dan kena kunci dengan hujjah 'tak releven yang arif' semasa dalam mahkamah nanti.

Betui ka sesapa yang tahu tolong konfirmkan.
 
Apa benda la Mashitah ni...

1. Beban membukti terletak pada bahu pihak yang menuduh, bukan tertuduh.

2. Kalau dia buat sumpah nafi, adakah kes gugur seperti dalam conduct Islam? Apakah Media UMNO akan berhenti memfitnah seperti yang dikehendaki Islam?
 
tggu la..
kebenaran pasti akan terbongkar..
smpi bila la fitnah nie trus berlarutan..
 
""Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang membuat gesaan itu berkata, sebagai seorang Islam, Anwar harus mengangkat sumpah sekiranya tiada bukti untuk dikemukakan bagi menegakkan kebenaran dalam kes itu.""

konpius aku, sekarang nih pendakwa yang xda bukti atau anwar yang xda bukti...sapa yang menuduh siapa nih...
 
jgn mare.. karang xde jawatan pulak kalau x sokong pak jib..
 
mashitah adalah spesis yg aku tak faham sampai skrg...sepatutnya mufti yg berani keluar kenytaan spt itu..dia tu duduk sbg setia-usaha parlimen jabatan perdana menteri.
 
""Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang membuat gesaan itu berkata, sebagai seorang Islam, Anwar harus mengangkat sumpah sekiranya tiada bukti untuk dikemukakan bagi menegakkan kebenaran dalam kes itu.""

konpius aku, sekarang nih pendakwa yang xda bukti atau anwar yang xda bukti...sapa yang menuduh siapa nih...

kenapa org sekarg makin gila... org malaysia ni terlalu sabar agaknya dgn permainan pimpinan2 atasan.... ikutkan hati la xtahula apa dah jadi dgn mereka2 ni...mereka terlalau berani memperb,odokan rakyat sbb rakyat terlalu sabar dgn semua ini...masing2 menikus...
 
aku pun berfikiran mcm kau jugak, sampai bila la rakyat malaysia boleh bersabar dengan permainan yg jelas kelihatan b.o.d.o.h ni... adakah org melayu islam ni terlalu takut utk berubah?
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register