BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar dicabar siasat program bantuan komputer Mitra

zackpenang

Banned
gem
Messages
7,236
Joined
Jan 9, 2010
Messages
7,236
Reaction score
1,891
Points
151
story-image

mk-logo

Berita
Anwar dicabar siasat program bantuan komputer Mitra
B Nantha Kumar
Diterbitkan: 5:16 PM

Dikemaskini: 9:16 AM



https://www.facebook.com/share.php?u=https://www.malaysiakini.com/news/743213
https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/743213
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/743213
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dicabar menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat program bantuan komputer riba refurbished di bawah Unit Transformasi India Malaysia (Mitra) yang bernilai RM3.26 juta.
Lebih setahun lalu, Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) S Subramaniam turut mengemukakan cabaran serupa terhadap P Prabakaran yang ketika itu baru dilantik sebagai pengerusi Mitra.
Subramaniam (gambar bawah) masih bertegas dengan dakwaannya bahawa program yang dilancarkan pada November 2023 itu masih menjadi 'misteri'.
"Sudah lebih dua tahun. Tak ada satu sekolah pun pakai komputer riba ini sekalipun untuk kegunaan di sekolah. Pelik kan.
4bf9dfc06caac747abe0d3e4e95f50c4.jpg

"Tak pernah menggunakan sekali pun. Saya mencabar perdana menteri untuk menubuhkan satu jawatankuasa bebas menyiasat program bantuan komputer riba ini.
"Anwar yang cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang perdana menteri yang tegas menolak amalan rasuah dan salahguna kuasa khususnya melibatkan pembangkang. Program ini di bawah hidung beliau (Mitra di bawah Jabatan Perdana Menteri). Takkan dia berdiam diri kerana ia melibatkan pemimpin parti sendiri.
"Saya pernah bangkit mengenai isu ini sebelum ini. Tapi, tiada sebarang respons daripada pihak Mitra.
“Maka, saya kali ini minta perdana menteri untuk menyiasat. Beliau boleh hantar pegawai beliau ke sekolah untuk membuat siasatan," katanya kepada Malaysiakini.
84e2fae129511409d9f73abc102de2a2.jpg

Dakwanya lagi, komputer riba yang dibekalkan Mitra itu tidak dapat menyokong sistem pembelajaran di sekolah.
Program bantuan komputer ini dilancarkan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia R Ramanan, yang ketika itu pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) — badan yang mengawasi Mitra.
Malaysiakini telah menghubungi Ramanan dan Prabakaran untuk mendapatkan maklum balas lanjut namun masih menunggu jawapan.
Menurut dokumen cadangan Mitra yang dilihat Malaysiakini, sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk pembelian 6,000 komputer riba refurbished pelbagai jenama, selain RM263,500 kos penghantaran ke 527 sekolah Tamil di seluruh negara.
Bagaimanapun, aduan daripada ibu bapa dan guru mendakwa peranti itu terpaksa dihantar semula untuk dibaiki hanya beberapa minggu selepas diterima. Mitra bagaimanapun mempertahankan program tersebut.
Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran, Senator Sivarraajh Chandran dan Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau, yang ketika itu merupakan ahli JPPK, pernah menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan membeli komputer riba refurbished dalam mesyuarat pertama.
Namun, difahamkan ketiga-tiga mereka tidak menghadiri mesyuarat kedua yang akhirnya memutuskan untuk meneruskan pembelian tersebut.
Sementara itu, semakan Malaysiakini di lebih 10 sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor mengesahkan komputer riba yang diterima tidak dapat digunakan.
"Memang tak dapat digunakan. Ia tak sokong sistem pembelajaran dan pengajaran (PdP). Kami juga tak dapat muat turun program Excel, Microsoft Word dan sebagainya.
"Kita kena faham. Program-program ini asas kepada murid sekolah rendah untuk mengetahui komputer.
"Kalau, komputer riba diberikan oleh Mitra tak dapat sokong program-program ini, kami tak boleh menggunakan di sekolah," kata seorang pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah yang enggan mendedahkan identitinya.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
Menurut dokumen cadangan Mitra yang dilihat Malaysiakini, sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk pembelian 6,000 komputer riba refurbished pelbagai jenama, selain RM263,500 kos penghantaran ke 527 sekolah Tamil di seluruh negara.
RM 3000 000.00 bahagi 6000
seunit RM 500.00
Kos hantar...RM 263 500 bahagi 527 sekolah
satu sekolah RM 500.00
Nampak harga refurbished laptop...dgn kos penghantaran tu boleh terima
Tapi masalahnya komputer tak ada software lah tu
YG RANCANG tu memang tak pandai....masalah dgn Komputer ni..Software ori mmg mahal

kalau bagi komputer sja...kemudian nak harap mak pak p kedai utk install sofeware mmg tak kan lah!

Rasanya masalah yg sama masa Bang Najib bagi Komputer 1 Malaysia dulu


KENA TANYA MITRA LA...



Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas
 
Carta%20Organisasi%2014%20Mei%202025-2d7b834d.jpeg






Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan sebuah unit khas bertanggungjawab dalam menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.

Tahun 2008 merupakan titik permulaan bagi MITRA apabila kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar melalui Jawatankuasa Kabinet (CCIC) untuk meningkatkan penyertaan masyarakat India dalam inisiatif Kerajaan. Pada tahun 2014, empat unit berasingan telah ditubuhkan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat India Malaysia, iaitu Pasukan Petugas Pelaksanaan Khas (SITF), Pelan Tindakan untuk Masa Depan Sekolah Tamil (PTST), Sekretariat Khas untuk Pemerkasaan Usahawan India (SEED) dan unit khas untuk Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC).
 
tak faham aku.. kenapa beli yg refurbished?... lesen MS Office semua bagai tu tak pasal kena saman je nanti kalau pakai yg pirate, senang2 je Kerajaan Malaysia kena.. bala² puak ni memerintah...

PMX bg peruntukan dh bagus dh... yg decide refurbished ni siapa?... silap PMX juga kalau dh tau benda refurbished ni tak tahan lama....aftersale nk cari siapa 🤭🤭🤭🤭
 
sebiji rm500...dah boleh dapat chromebook baru ni..upgrade sikit storage boleh install words, excell, powerpoint semua...nak refurbish apa lagi..

yg refurbish pun xboleh buka excell words buat apa..
 
Back
Top
Log in Register