combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,402
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,402
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Anwar Berlepas Ke Maldives Selepas Tamat Lawatan Kerja Lima Hari Ke India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media di Calicut. Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas dari Keralam, yang sebelum ini dikenali sebagai Kerala, ke Maldives selepas menamatkan lawatan kerja lima hari ke India.
Pesawat yang membawa beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut di sini pada 7.26 malam waktu tempatan (9.56 malam waktu Malaysia) menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Velana di Male.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.
Perdana Menteri, yang julung-julung kali mengadakan lawatan rasmi ke negara itu, dijadual bertemu Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu bagi menilai perkembangan hubungan dua hala dan bertukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Anwar dan Muizzu juga dijadual menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman berkaitan kerjasama pertahanan serta hal ehwal Islam.
Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Keralam VD Satheesan serta Gabenor Rajendra Vishwanath Arlekar bagi membincangkan kerjasama antara Malaysia dan Keralam dalam sektor utama termasuk perdagangan dan pelaburan, pelancongan, penjagaan kesihatan serta pendidikan.
Anwar tiba di New Delhi pada Jumaat lepas bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 yang dihoskan Perdana Menteri India Narendra Modi.
Hubungan diplomatik moden antara Putrajaya dan New Delhi terjalin pada 1957, tidak lama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.