BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Ajak Rakyat Kongsi Pandangan Melalui Avatar AI

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141

Anwar Ajak Rakyat Kongsi Pandangan Melalui Avatar AI​

6ecd0067f544fff1a769e99b98e6fb8c6a5b67aee9a8d

fb Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat khususnya golongan muda berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi secara langsung menerusi avatar beliau bagi memastikan pembangunan negara terus berteraskan suara serta kehendak rakyat.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata melalui inisiatif dan ikhtiar yang terbentang, beliau mahu terus mendengar dan menggarap harapan anak muda, pengorbanan ibu bapa, warga emas serta suara rakyat yang mendambakan masa depan jauh lebih baik.

“Jadi, saya amat berharap bahawa kalian boleh kongsikan pandangan, kebimbangan dan aspirasi secara terus melalui avatar ini kerana saya yakin negara hanya akan bertambah baik sekiranya ia berpaksi pada suara dan kehendak rakyat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata Malaysia dibina oleh cita, kudrat serta kekuatan rakyatnya yang pelbagai kaum dan budaya, dan beliau mengajak semua rakyat untuk turut serta dalam kempen tersebut bagi mencipta wacana yang segar untuk negara dan rakyat.

Dalam hantaran itu, beliau turut memuat naik video kecerdasan buatan (AI) berdurasi 2 minit 33 saat yang memaparkan avatar Anwar, iaitu lanjutan digital dirinya yang saya sedia mendengar, membantu dan berkhidmat untuk rakyat.

“Inilah avatar saya, kembar digital yang diinspirasikan oleh nilai dan visi saya. Satu cara baharu untuk kita berhubung, berkongsi pandangan dan meneroka idea. Masa depan tidak ditunggu. Ayuh kita bina dengan ilmu, integriti dan kerja keras, demi rakyat, demi Malaysia MADANI,” kata Anwar.

Menurut video itu, rakyat boleh menghubungi avatar berkenaan melalui talian +603 7885 0523.

 
Back
Top
Log in Register