BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anugerah E50 peluang perluas bisnes

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Mohamed Al Amin (lima kiri) bersalaman dengan Rakan Kongsi Pengurusan Negara Deloitte Malaysia, Tan Theng Hooi sempena majlis pelancaran Enterprise 50 Award 2014. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


ANUGERAH Perusahaan 50 (Anugerah E50) 2014 yang bakal berlangsung November depan, membuka peluang kepada pemenang anugerah dalam mengembangkan perniagaan di peringkat antarabangsa.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Datuk Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, anugerah ini menyediakan asas kukuh bagi syarikat antarabangsa mengenal pasti rakan kongsi perdagangan berpotensi daripada kalangan pemenang bagi menjalin kerjasama perniagaan.

“Anugerah ini diiktiraf sebagai anugerah terkemuka, melambangkan pencapaian luar biasa dalam perniagaan dan keusahawanan.

“Bahkan terdapat syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menyertainya setiap tahun sebagai penanda aras kejayaan selain meningkatkan kedudukan syarikat,” katanya.

SME Corp bakal mencalonkan 274 syarikat bagi dipilih sebagai penerima E50 dengan 40 peratus adalah dari sektor pembuatan, diikuti 36 peratus sektor perkhidmatan profesional, pemborongan dan peruncitan, lapan peratus dan masing-masing empat peratus dalam Teknologi Maklumat dan Informasi (ICT) dan pembinaan.

Katanya, program pengiktirafan itu berdasarkan undangan selepas menilai prestasi syarikat PKS bertaraf empat bintang di bawah SME Corp.
 
Back
Top
Log in Register