BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anuar gegar Eropah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
PASUKAN lumba basikal profesional yang berpangkalan Terengganu - Terengganu Cycling Team (TSG) akan kehilangan pelumba sensasi, Anuar Manan tahun depan.

Anuar dilapor akan menyertai pasukan dari Hong Kong, Champion System, sekali gus melayakkan 'raja pecut' negara itu menyertai perlumbaan di Eropah.

Pengurus TSG, Ahmad Kamarul Idrus berkata, Anuar akan meninggalkan pasukannya bagi mengembangkan bakat selain mengharumkan nama negara dalam sukan berbasikal.

"Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Anuar kerana banyak membantu menaikkan nama Terengganu di peringkat Asia semasa bersama-sama pasukan," jelas Ahmad Kamarul semalam.

Bagaimanapun, Ahmad Kamarul berkata, kehilangan Anuar tidak banyak menjejaskan TSG yang akan menghadapi banyak kejohanan lebih mencabar pada masa-masa akan datang.

Menurutnya, TCT masih lagi mempunyai ramai pelumba setaraf dengan Anuar seperti pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2011, Mohd. Harris Salleh.

"Kami tidak berasa kecewa dengan pemergian Anuar, sebaliknya berbangga kerana beliaulah satu-satunya anak Terengganu yang akan menyertai perlumbaan di Eropah," katanya.

Ketika ini, TSG yang diwujudkan kerajaan negeri Terengganu mempunyai sembilan pelumba tempatan dan empat pelumba import, masing-masing dua dari Korea Selatan dan Jepun.
 
mantap betul Anuar Manan nie...
tp tengok rumah org tua dia dulu mmg sedihlah...
rasanya kehidupan dia dah berubah sejak dapat join tim pro nie...
 
dia kena latihan kerasla kat eropah..baru masuk LTDL utk bagi saingan cukup2 sengit bila ke genting jg
 
Back
Top
Log in Register