BTC USD 80,866.8 Gold USD 4,165.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antara si pendosa dan si penjaga akhlak

marvelous

Legendary Member
gem
Messages
17,046
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,046
Reaction score
2,972
Points
261



jalan2 di twiter..aku terjumpa benda ni....

menarik juga untuk di bincangkan dari segi skop agama...

jgn bawa ke pada free thinking dan soal hati dan emosi...

kita bincang dari sudut agama....

ada orang yang dulu jahat...sering melakukan maksiat...tp once dia bertaubat pada Allah...

Dia di pertemu kan dengan si penjaga akhlak...mereka bertemu atau di pertemu kan...itu semua kuasa Allah...tidak ada siapa yang tahu...

tapi yang menarik di sini adalah merujuk kepada konsep keadilan dalam islam...

si pendosa...( waktu kejahilan ) seronok dengan dosa...

si penjaga akhlak ( menahan diri nya dari melakukan dosa ) sbb percaya kepada ayat Al-Quran

“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga). (Qs. An Nur:26)"

maka wanita @ lelaki akan menjaga akhlaknya kerana yakin jodohnya akan bersama dengan lelaki yang baik akhlaknya....

namun jika ia di pertemukan dengan seorang wanita @ lelaki yang dia tahu cukup menjaga akhlaknya dari kecil sehingga dewasa...

adakah adil utk perempuan @ lelaki yang menjaga akhlak itu dengan si pendosa yang tidak pernah berfikir utk menjaga akhlaknya sebelum ini...

jom kita bincang....dari sudut agama :)
 
Apa pun tengok income elok

Bagi batin power

Tak merapu dah

Bleh servis cantik punya

Teruskan

Yang penting

Pompuan tue

Tak jenis kikis duit

Tak keluar cari bangla bila kita pi keja keluar ka

Dan sentiasa bantu kita

Kalau leh pandai cari duit dan pandai masak adalah bonus
 
Apa pun tengok income elok

Bagi batin power

Tak merapu dah

Bleh servis cantik punya

Teruskan

Yang penting

Pompuan tue

Tak jenis kikis duit

Tak keluar cari bangla bila kita pi keja keluar ka

Dan sentiasa bantu kita

Kalau leh pandai cari duit dan pandai masak adalah bonus

hehhe..abam daus punya ciri2 wanita idaman ke....

semoga di ketemukan sesuai dengan permintaan dan doa :):)
 
rajin sifu jalan2 kat twitter.. :">

___

pada pendapat aku..
x semestinya diawalnya baik akhirnya pun baik..

atau diawalnya jahat akhirnya jahat..

___

kat sini atas usaha dan doa masing2 dlm menentukan halatuju kehidupan..

jodoh dan pertemuan adalah atas kehendaknya..

___

twitter kisah diatas adalah atas usaha dan doa masing2..

mungkin bkn jodohnya..
 
Apa pun tengok income elok

Bagi batin power

Tak merapu dah

Bleh servis cantik punya

Teruskan

Yang penting

Pompuan tue

Tak jenis kikis duit

Tak keluar cari bangla bila kita pi keja keluar ka

Dan sentiasa bantu kita

Kalau leh pandai cari duit dan pandai masak adalah bonus

x semuanya perihal berkaitan kehidupan didunia semata2..

sebab akhirnya kita akan mengadap pencipta.. :D
 
Hidup di dunia ini satu ujian...xkan nk dpt yang molek2 saja...
 
rajin sifu jalan2 kat twitter.. :">

___

pada pendapat aku..
x semestinya diawalnya baik akhirnya pun baik..

atau diawalnya jahat akhirnya jahat..

___

kat sini atas usaha dan doa masing2 dlm menentukan halatuju kehidupan..

jodoh dan pertemuan adalah atas kehendaknya..

___

twitter kisah diatas adalah atas usaha dan doa masing2..

mungkin bkn jodohnya..

hahhaa...hari minggu jalan2 kat twiteer tgk gelagat manusia yang pelbagai ragam....x kurang juga tgk gelagat YB baru yg sentiasa update dengan twitter...:D:D:D

kita boleh letakkan Jodoh itu bukan urusan kita...Jodoh adalah rahsia Allah...

tetapi kalo kita rujuk hadis-hadis jodoh adalah termasuk dalam takdir ikhtiar....

maksudnya jodoh tidak akan datang sendiri..kita perlukan usaha untuk menjadikan ia sebagai sebuah takdir untuk kita....

sama spt rezeki...ia ada dalam takdir ikhtiar....kita kena usaha mengerakkan diri kita supaya rezeki itu sampai kepada kita....

berbalik kpd twitter tersebut...sya berpandangan lelaki itu keliru dan tidak memahami apakah itu taubat...

dan masih anggap diri nya dalam keadaan hina....

sedangkan kedudukan orang bertaubat nasuha dalam ayat di bawah

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".Surat At-Tahrim Ayat 8

syurga bagi nya jika taubatnya di terima...maksudnya si pendosa itu sudah di janjikan oleh Allah...

berbeza dgn si penjaga akhlak...adakah ada jaminan untuk nya ke syurga...

mungkin Allah pertemukan 2 insan itu sebagai jaminan si penjaga akhlak menumpang rahmat si pendosa yang bertaubat nasuha dan kedudukannya telah berubah di sisi Allah....

wallhuhalam...

sekadar kita berfikir dan mengamati sebuah perkara yang penuh misteri iaitu jodoh...

sbb sya terdengar ustaz mengajar..ramai orang yang tak dpt jodoh sbb mereka menolak jodoh yang dtng dalam kehidupan mereka...:)
 
Setiap anak Adam pernah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat.” (HR. Ibnu Majah, no, 4251)

buat salah tidak pernah lekang dari manusia yang bergelar anak adam...

tak kisah siapa pun kita....jika Allah menerima taubat seseorang...hidupnya lebih mulia dari orang lain di sisi Allah...

kita boleh tgk 2 kisah taubat seorang pelacur dan seorang pembunuh yang membunuh 100 nyawa...semua nya di janjikan syurga utk Allah...

Namun apa yang datang d depan mata itu adalah anugerah Allah...

dulu dia pendosa...tetapi skrng dia bertaubat dan percaya lah...Allah telah membalas dosa nya itu selepas taubatnya di terima...

balasan boleh datang dalam pelbagai bentuk..kifarah dosa...

maka dia tetap bersabar dengan itu semua...itu lah sebaik-baik manusia...

setelah melalui itu semua...Allah hantar sesorang yang dia fikir tak layak utk diri nya...tetapi yang hadir itu sebenarnya adalah diri nya yang sekarang setelah di terima taubatnya oleh Allah

wallhuhalam
 
Yg ayat lelaki baik utk perempuan baik lelaki jahat utk prmpuan jahat

Pernah dgr ustaz mengajar
Tidak semestinya bermaksud kalo lelaki pernah terlanjur akan khwin dgn prmpuan terlanjur

Tapi jahat dalam islam ni bnyk perkara. Cthnya, perempuan ni sembahyang cukup tapi mulut dan perangai xjaga. Ini pun dipanggil jahat. Lelaki pula punya la baik perangai, hormat org tua tapi xsembahyang. Tu pun di kira jahat

Jadi mmg akan berjumpa bgtu la kbanyakannya sbb kalau dah nama manusia ttp akan ada dosa melainkan dah bertaubat
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register