BTC USD 81,506.8 Gold USD 4,352.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antara Self- Acceptance dan Self- Development

hani85

Super Active Member
Messages
6,861
Joined
Oct 24, 2010
Messages
6,861
Reaction score
287
Points
91
salam semua. mesti korang penah dengar ayat ini, "terimalah seadanya", dan juga ayat ini, "berubah untuk kebaikan". namun kadangkala mgkin antara kita konfius ciri2 yg mana perlu diubah, dan yg mana perlu kita terima dengan seadanya.

ayat2 di atas bg aku boleh diaplikasi dalam banyak jenis perkara di dunia ni, dr perhubungan, hidup, pergaulan dan sebagainya. so aku bukak topik ini untuk perbincangan yang general, korang boleh berbincang tentang apa sahaja yg boleh masuk dalam kategori ayat yg aku maksudkan di atas, tetapi perbincangan tentang politik adalah sangat2 "dilarang" di sini. sila bg kerjasama.

ready~~~ 1, 2... and go! :)
 
Situasi 1

Anda punya kekasih. kekasih anda ni orangnya hot temper, anda selalu terpaksa beralah seperti apabila mencari tempat makan pun anda langsung tidak punya pilihan untuk memilih, dan kalau anda ingin makan di tempat yg anda suka tetapi si dia tak suka, si dia akan memarahi anda. semua pilihan anda direjek bulat2. dalam banyak hal, dia slalu endah tidak endah pada anda. tahun ini sudah masuk tahun ke 5 anda berpasangan dengan nya. tapi anda merasakan semakin lama si dia semakin selesa dengan perangainya dan mula kurang kisahkan perasaan anda.

anda sudah cuba untuk berlembut dengan si dia dan menerangkan apa yang anda rasa tapi si dia masih dengan sikapnya. malah si dia mengatakan begini, "I kan macamni. U takkan xtahu I macamana. kita da lama bersama." sehingga kini si dia masih tidak cuba untuk berubah. setelah berbuat salah, hanya meminta maaf, selepas itu setelah beberapa lama, si dia akan ulang kembali kesalahan tersebut. anda sudah cuba bermacam cara, anda pernah putus dengannya untuk tempoh yang sangat lama, dan si dia merayu2 kepada anda untuk kembali dengan janji akan berubah. tp si dia masih tidak mahu berubah.

dalam hati, anda tahu anda masih sayangkannya. jadi adakah anda perlu menerima si dia seadanya (self acceptance) ataupun anda suruh dia berubah smpai berjaya (self development).

Situasi 2

Anda mengenali seorang gadis/jejaka. bagi anda dia punya kriteria yang bagus untuk jadi calon pasangan anda, dr segi sikap, kewangan, latar belakang dan sebagainya. anda juga selesa ketika keluar dan berada di sampingnya, dan dia juga pndai mengambil hati anda. anda belum sampai tahap menyayangi si dia, tapi anda mahu mencuba untuk ada komitmen yang serius dengan si dia.

tetapi ada sesuatu yang anda kurang gemar tentang si dia, seperti, cara dia berpakaian, buat anda rasa seperti anda berjalan dengan si remaja yg masih di bangku sekolah. kadang kala anda merasakan mata2 di sekeliling menjeling dan memerhatikan anda. anda berasa malu dengan situasi itu. dan juga, cara jalannya juga buat anda rasa kekok. jalannya yang pelik buat anda rasa mahu berjalan jauh2 drpd nya. anda sudah cuba menyuarakan isu itu kepada si dia, tapi si dia berkata, "inilah sy. terima lah sy seadanya. sy tidak mahu berubah- sebab tidak mahu menjadi "orang lain." anda kecewa dengan respon nya.

jadi di sini, apakah yang anda akan lakukan, adakah anda terima dia seadanya (self acceptance) atau cuba ubah dirinya kerana merasakn itu lebih baik untuk si dia (self development).

kata anda bagaimana? :)

p/s: contoh di atas aku reka sendiri. xda kena mengena dengan yg hidup atau yg mati. cuma nak berbincang tentang sejauh mana kita patut "menerima" dan mana yg kita perlu "mengubah". :)
 
Satu topik perbincangan yang menarik.

Berdasarkan kepada situasi atau senario yang diberikan oleh cik Hani85,ia amat berkait rapat dengan rasional dan membuat keputusan.

Elemen2 lain yang berkait secara terus dalam proses ini wujud tetapi fokus dahulu kepada rasional dan membuat keputusan.

Terimalah seadanya/Berubah untuk kebaikan:Boleh ditafsir dari 2 sudut,samada ia benar datang dari pelaku/individu yang tidak mahu berubah dan menerima segala ketetepan takdir dalam hidupnya.Memang salah jika meletakkan semuanya pada takdir,namun itulah manusia.Yang mahu berubah hanyalah segelintir yang SEDAR akan perlunya perubahan yang total dalam kehidupan.Kerana kehidupan yang singkat inilah maka segalanya perlu dilakukan dengan teratur dan mengikut syariat.Manusia boleh dididik dan diasuh,keadaan persekitaran samada dari segi pergaulan,pertuturan dan muamalat boleh dilihat dari perilaku individu.Ada juga yang mampu membawa haluan sendiri setelah mula memahami bahawa tindakan atas perilakunya kelak pasti membawa impak yang amat mendalam terhadap dirinya dan juga orang lain.Manusia yang bertandang di forum ini juga begitu.Ada yang kelihatan seolah2nya amat mudah dibuat kawan dan aktif,realitinya tidak sebegitu.Andaian untuk memastikan manusia menerima seadanya akan sikap dan mentaliti dirinya yang tida mahu berubah menurut pandangan orang lain tidak salah jika ianya membawa maksud yang positif.Tapi apakan daya kita sebagai manusia yang mampu menasihati dan mendoakan yang terbaik buat mungkin kawan2/kekasih/insan yang dikasihi semoga berubah sebagaimana yang dilihat dari kacamata kita.Manusia yang punya fikiran rasional yang dipandu dengan acuan yang benar boleh membuat keputusan yang diyakini betul dengan keadaan masa dan ruang waktu dan tidak sesiapa pun boleh mengubah pendirian itu.

Kita semua mengimpikan yang terbaik dan positif semahunya untuk selamanya.Alam diwujudkan Allah dengan pelbagai elemen tersendiri,samada yang hidup atau mati.Melihat manusia berubah dan tidak menerima seadanya satu pendekatan dalam memastikan manusia tidak hidup dengan tidak berpandukan kepada agama.Apa pun,keputusan untuk berubah itu adalah hidayah dari Allah jua.Manusia yang lahirnya Islam namun membelakangkan ajaran Islam tidak mahu berubah dengan menyalahkan ibu bapa yang mendidiknya;dalam hal lain yang bukan Islam tertarik dan menganut agama Islam yang suci ini dan bertekad untuk memahami secara mendalam kerana diberi hidayah oleh Allah;tidak lain tidak bukan kerana sebelum Islamnya beliau senantiasa mencari maksud sebenar kehidupan beragama.

Sesungguhnya manusia itu senantiasa dalam kerugian.

Sekian.

P.S.Maaf TT,terlalu panjang dan kompleks untuk difahami.:)
 
ya memang pnjang exlaination ni :). sy suka menyentuh tentang perubahan di dalam diri kita iaitu umat manusia sejagat. contoh yang sy bawakan mgkin berbentuk khusus tp tuan bercakap dalam konteks yang lebih general. jadi sy cuba juga untuk berbicara dalam konteks yang general juga.

sebenarnya topik yang sy bawakan ini sy mahu tujukan kepada diri sy juga, kerana sy juga sentiasa mahukan perubahan dalam diri untuk jadi lebih baik- dan sy mahukan perubahan itu berkekalan. tetapi macam apa yg tuan katakan, saya atau semua orang lainnya, mgkin ada anggapan sebegini, "belum sedia untuk berubah," ataupun, "dah takdir aku begini. aku terima sahaja siapa diri aku". dan memang ada segelintir yang menyalahkan apa yg diseliling sebagai menyekat perubahan dalam diri (sy juga mgkin, kadangkala).

dalam hubungan suami isteri misalnya, si isteri mengerti yang suaminya suka makan di rumah, dan mahukan isterinya memasak. tetapi isterinya sibuk bekerja, dan 3/4 dari hari mereka setiap bulan dihabiskan di kedai makan, dan si isteri memberi alasan sibuk bekerja dan tidak pandai memasak. jadi si isteri meminta si suami untuk "menerima dirinya seadanya" drpd "berubah" untuk kebaikan suami dan dirinya sendiri. di sini sy lihat, sebenarnya ruang untuk berubah itu ada, tetapi si isteri cuba memberikan alasan- dan mgkin hanya sedar pabila terjadi sesuatu dalam rumah tangga mereka.

situasi yang sama boleh juga kita lihat dalam institusi pekerjaan, di mana seorang pekerja tidak mahu memajukan diri dengan harapan, semua orang "menerima" dia seadanya. contoh, dalam bidang rekaan, designer untuk syarikat grafik contohnya. designer ini hanya mampu menyiapkan 2 jumlah rekaan sahaja sehari, sedangkan tempahan semakin hari semakin bertambah, dengan alasan tidak ada idea dan penat. 2 jumlah rekaan sehari termasuk facebooking + yming + skyping + twittering- nah di sini, adakah designer tersebut benar2 hanya mampu menyiapkan 2 rekaan sahaja atau itu hanya alasan untuk beliau tidak mahu memajukan diri? jadi di sini "self acceptance" dan "self development" sekali lagi menjadi persoalan.

apa yg sy lihat, "self acceptance" ini mampu menghalangi kebanyakkan dr kita dr berubah/melihat sesuatu dr perspektif berbeza, dan ini akan mengehadkan diri kita drpd mengekplorasi kemampuan yang kita ada, dan akhirnya kita tetap berdiri di tempat yang sama, dengan harapan semuanya akan berjalan dengan baik. xkira dari mana2 aspek, keagamaan, kehidupan dan sebagainya, semua ini berjalan seiring.

namun begitu sy juga ingin berbincang lebih lanjut tentang, di manakah "self acceptance" masih boleh diterima, dan di mana kah "self development" patut diaplikasi?

agak berat perbincangan ni. jarang sy berbincang isu yag berat seperti ini :D
 
Back
Top
Log in Register