moneyceo
Fun Poster
- Messages
- 642
- Joined
- Oct 24, 2006
- Messages
- 642
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Saya sedang menyiapkan ebook panduan lengkap untuk menjadi blogger profesional yang akan saya edarkan secara percuma kepada mereka yang melanggan Newsletter saya. Sedang saya menulis ebook, saya terpanggil untuk menulis post ini. Di dalam post ini saya ingin memberikan salah satu sebab utama untuk anda menulis blog secara profesional.
Penulis Blog Lebih Kaya dari Penulis Ebook dalam Program Affiliate
Ramai sekarang nak jadi taukey ebook, ramai orang melihat begitu lumayan pendapatan menjual ebook di internet. Jadi berpusu-pusulah orang nak jadi Tuan Guru yang menulis panduan bermacam-macam tentang pelbagai hal. Ada yang menulis tentang bagaimana nak jadi cepat kaya, ada juga yang menulis tentang resipi masakan rahsia.
Setelah menulis ebook, para tauke-tauke ini terpaksalah pula membina sebuah laman web jualan. Bukannya senang nak buat web jualan kena goreng gila-gila. Ada yang sampai pakai video untuk menggoreng. Selain dari itu kena pula buat grafik-grafik yang menarik untuk website dan banner, kalau tak tau buat sendiri alamat melayanglah duit kena upah designer.
Saya mempunyai beberapa orang kawan yang cuba nak jadi tauke. Banyak modal yang harus dikeluarkan untuk pembinaan website dan juga pengiklanan, namun tak semua antara mereka yang berjaya.
Jadi apa kelebihan penulis blog pula? Jika anda menulis blog, pertama orang lebih percaya kepada anda berbanding dengan web jualan. Kerana web jualan banyak unsur “gorengan”, blog pula penuh dengan review atau pendapat peribadi anda.
Keduanya, sebagai penulis blog anda mempunyai pelbagai jenis produk untuk ditulis. Mungkin 1 bulan 1 produk. Tetapi jika untuk menyiapkan sebuah ebook yang bukan semata-mata goreng, ia mengambil masa paling cepat 2 bulan, dan anda tidak boleh meletakkan produk tersebut di dalam website jualan yang sama. Takkanlah bulan lepas jual lain sekarang jual lain?
Saya mengatakan ini kerana selalunya program affiliate menawarkan komisen 50-50 kepada tukang promote. Jadi, berapa juga jumlah jualan blogger yang mempromosikan program tersebut akan mendapat komisen yang sama seperti pendapatan tauke, tetapi tukang promote boleh jalan 2-3 produk sekaligus, tauke boleh jual satu sahaja.
Sebagai blogger juga anda boleh memilih apakah yang ingin anda jual di website anda. Sekiranya produk tersebut tidak bagus banyak lagi produk lain yang boleh anda jual. Tetapi kalau tauke nak tukar produk, kena la ambil masa lagi 1-2 bulan untuk menyiapkan nya. tidak lupa juga modal lebih harus dikeluarkan lagi.
Bukti Saya: Brother Noorizam Shah.
NoorizamShah
Saya mengambil contoh brother Noorizam Shah yang terkenal sebagai Sifu Ebay. Saya bukan ingin mengulas tentang webjualan Kuasalelong beliau, tetapi tentang http://www.noorizamshah.com . Blog beliau mempunyai banyak sekali pembaca ini dibuktikan dengan Alexa Rank 500k. Beliau telah mencadangkan suatu panduan (program affiliate) yang dibina oleh sahabat baik saya dan jualan beliau melebih 70% dari jumlah keseluruhan jualan program tersebut. Ini bermaksud beliau telah mendapatkan penghasilan hampir sama dengn tauke 1 program affiliate.
Cuba anda bayangkan jika Bro Noorizam mencadangkan 2 atau 3 program lain kepada pemcanya, pasti pendapatan beliau lebih tinggi dari mana-mana tauke berkenaan. Blog brother Noorizam boleh lah dijadikan sebagai contoh blog yang profesional pada pendapat peribadi saya. Anda belum lagi terlambat untuk menjadi penulis blog yang profesional seperti beliau. Masih banyak topik yang belum lagi ditulis oleh blogger-blogger Malaysia secara profesional. Tetapi anda harus ingat sekali lagi, jangan jadikan blog anda sebagai pasar malam dalam mempromosikan program-program affliate.
Thread ini di tulis berpandukan blog terbaru kulo, http://www.jutawanblog.com

Last edited: