BTC USD 83,960.1 Gold USD 4,123.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antara Masjid & Gereja.

Terlalu byk karenah birokrasi.. yg mana perlu byk step utk mendapatkan
bantuan... jumpe sana sini.. padahal kalau org btl2 susah mana nk cekau duit pegi sana sini... logic thinking pn xleh buat... agama dah jd bisnes..

tak lama dah..
 
Zakat bila berjaya kutip byk bukan main bangga..riuh kt tv kt paper keluar..lepas target la bagai..tp ape yg dguna dgn duit tu nape xwar2kan?itu yg plg penting sebenarnya..duit zakat kumpul byk2 wat ape?face palm..
 
sedih n pilu membace...gereja bole buat camtu ye dasat2
 
ada masjid yang simpanan FD dia dekat sejuta, mungkin lebih, aku tak ingat.

masa aku buat akaun masjid ni, memang takde auditlah. setakat buat akaun je.

curi RM2 kena penjara? semoga kau dirahmati Allah wahai majistret dan pentadbir masjid.:)cgrock
 
Cerita ini copied dari status yang dikongsikan oleh Encik Tajul Ariffin. Ianya rentetan dari cerita seorang lelaki Islam yang mencuri wang tabung masjid sebanyak RM2 dan dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun semalam. Sebab mencuri ialah kerana kesempitan hidup. Baca cerita di bawah dan tanya diri kita. Apakah fungsi masjid? Kenapa gereja lebih bagus dari masjid di Malaysia.

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara. Mungkin yg melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan. Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil RM 50 utk beli susu anak. Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

"Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?"

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan. "

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap.

Teks asal Facebook Encik Tajul Ariffin
Tips dari Hafiz Azman
​

http://blogserius.blogspot.com/2013/10/serius-kenapa-gereja-kadang-kala-lebih.html

thread ketiga yang sama..
 
takde niat nak mengumpat tapi sekadar berkongsi cerita

aku ada sorang sedara yg mmg xmo bekerja makan gaji
yg dia nak bisnes je
tapi dia x reti uruskan kewangan dan agak boros berbelanja

bila sesak2, dia akan pergi la mintak kat YB adun umno, pejabat zakat, menteri besar dan sebagainya
pas ngan pkr dia x g mintak sebab tarak duit kekekeke

pada permulaan nye mmg la dia mintak sebab sesak
tapi lama2 dia mintak even dia x sesak
g jumpa adun sana sini, pejabat agama pun dia mintak

senang cite selagi boleh mintak dia mintak
dan dari cerita dia bukan dia sorang je buat camtu
ramai lagi org2 melayu kita sihat tubuh badan tapi malas kerja wat camtu

persoalan aku la kan,
andai kata korang2 yg mencadangkan pusat zakat ni bg on the spot bantuan
jika korang jadi pekerja pusat zakat yg meluluskan bantuan tu, agak2 camne kira dosa pahala kalo korang bg duit zakat dari org2 ISlam kita kepada org2 jenis cam sedara aku tu on the spot tanpa byk susul periksa/kerenah birokrasi?

byk woo taktik dorang nak dapatkan bantuan ni...
kengkadang aku gelak je dengar...
nasihat da berbuih tapi tetap buat gak...
nasib la bukan sedara dekat
 
Last edited:
fungsi masjid/surau untuk berebut jawatan... kadang2 nampak macam tak layak tapi redah je le sebab ada pengaruh hu..hu..
 
klu wang zakat digunakan dgn telus, xdela program bersamamu

time nk kutip zakat hampir semua supemaket buka kaunter...bersepah2 kaunter buka smpai kat pasar malam pun ada...bagus tujuannya nak mudahkan org ramai...patutt pikir cmtu juga bila ntk agih2kan wang zakat tu pd yg berhak...cari mereka tu...bersamamu boleh jer p cr kan....
 
takde niat nak mengumpat tapi sekadar berkongsi cerita

aku ada sorang sedara yg mmg xmo bekerja makan gaji
yg dia nak bisnes je
tapi dia x reti uruskan kewangan dan agak boros berbelanja

bila sesak2, dia akan pergi la mintak kat YB adun umno, pejabat zakat, menteri besar dan sebagainya
pas ngan pkr dia x g mintak sebab tarak duit kekekeke

pada permulaan nye mmg la dia mintak sebab sesak
tapi lama2 dia mintak even dia x sesak
g jumpa adun sana sini, pejabat agama pun dia mintak

senang cite selagi boleh mintak dia mintak
dan dari cerita dia bukan dia sorang je buat camtu
ramai lagi org2 melayu kita sihat tubuh badan tapi malas kerja wat camtu

persoalan aku la kan,
andai kata korang2 yg mencadangkan pusat zakat ni bg on the spot bantuan
jika korang jadi pekerja pusat zakat yg meluluskan bantuan tu, agak2 camne kira dosa pahala kalo korang bg duit zakat dari org2 ISlam kita kepada org2 jenis cam sedara aku tu on the spot tanpa byk susul periksa/kerenah birokrasi?


byk woo taktik dorang nak dapatkan bantuan ni...
kengkadang aku gelak je dengar...
nasihat da berbuih tapi tetap buat gak...
nasib la bukan sedara dekat


Hukumnye haram, kalau bagi zakat pada mereka yang sihat dan mampu bekerja. Melainkan dia sudah berusaha tapi tak peroleh kerja, atau ada kerja tapi gaji tak cukup tampung sara hidup, atau mahu bisnes tapi takdak peralatan.

Tapi boleh je bagi bantuan zakat on the spot.
Xde masalah.

:">:">:D
 
Back
Top
Log in Register