Lintah haram dimakan, tapi harus disentuh atau dipegang bermakna tidak haram sebab lintah tak najis. Lintah samada yg liar atau diternak banyak kegunaan, lebih2 lagi dlm bidang perubatan. Ada yg dijadikan ubat dgn cara diambil extract lintah tersebut. Tak perlula kita cerita detail pasal extract tu. Ada lintah yg digunakan sebagai alat untuk berbekam.
Dari segi pasaran, pasaran belut lebih luas berbanding lintah. Belut dgn harga RM15/kg (sila betulkan sekiranya tersilap) boleh dijual di mana-mana, tapi lintah bergantung pada permintaan yg tak menentu. Harga pasaran lebih ditentukan oleh pembeli disebabkan lambakan lintah selepas demam menternak lintah melanda Malaysia bermula pertengahan tahun 2007. Ada pembeli yg menawarkan dgn harga yg sgt rendah sehingga RM40/kg lintah berbanding dgn harga untuk membeli induk iaitu RM100-150/kg.
Belut pulak, manja sgt. Pasaran, insyAllah boleh jual. Cuma kena pikir pasal feed dia. Nak bg makan pelet ke, ikan baja ke dll. Kos pelet ikan dah naik skrg. Nak dapatkan benih pun kena pikir jugak. Bukan senang nak dapat.
Untuk makanan lintah, lebih baik bagi makan ikan keli berbanding belut. Antara sebab-sebabnya, ikan keli lebih banyak darah dr belut. Cuma ikan keli ni, darah dia lebih tertumpu kat kepala, berlainan dgn belut yg mana darah dia boleh dikatakan sekata dr kepala hingga ke ekor. Satu lagi sebab adalah harga. Harga belut RM15/kg. Harga keli RM4-5/kg.
Kalau aku diberi pilihan buat masa sekarang ni, dua-dua aku tak buat.