BTC USD 84,835.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antara burung dan cicak

CL's

Legendary Member
gem
Messages
14,094
Paid Membership
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
Sejak tercetusnya perang, kita pernah ternampak mengenai "BOIKOT BARANGAN USA/ISRAEL" Mungkin ada yang berfikiran, apalah sangat kesan yang akan dirasai USA/ISRAEL jika orang Malaysia memboikot barangan mereka (seperti yang disebut oleh seorang PEMIKIR IKIM dalam Mingguan Malaysia yang menyimpulkan bahawa US/ISRAEL takkan terasa kesan hasil pemboikotan barangannya oleh orang Malaysia, dalam erti kata lain tak ada ertinya kita melakukan sedemikian.).Itu tidak penting.

Di akhirat kelak, Allah tidak bertanya apakah pemboikotan kita berjaya menjejaskan USA/ISRAEL. Tetapi yang ditanya Allah kelak adalah, 'Apakah yang kamu lakukan untuk agama kamu ?'
Seperti sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, 'buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, 'Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak'. Lihatlah, burung sekecil ini pun mengerti akan soal ini.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak, yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)
Wallahua'lam.
 
salam...Thanks TT..
saya musti pilih burung..kill cicakman...
 
mari smua...kita terus kan usaha memboikot......
kita lumpuh kn ekonomi israhell......
 
Jahat gak rupanyer si cicak nih.... Citer yg pernah aku dgr dulu, Cicak yg memberi tau tempat persembunyian Rasullah saw, sebelum sang Labah2 menutup kesan tapak kaki rasullah saw... Nape cicak dijadikan haiwan yg jahat sedemikian? korang ade paham tak?
 
eh?~~ first time dengar pasal nih~~~ tenqiu2~~~
 
ouh..cicak mmbantu gk dlm kisah nabi ibrahim tu ke
ak ngt kisah pesembunyian Rasulullah shj..
 
tamparan yg hebat tu...

sekurang2nye kite dah jlnkan tggungjawab kite membela saudara kiter.. memang susah nak boikot kesmua barang yahudi ni.. maner yg terdaya dan termampu, klu leh elakkn, kenapa tidak ??

RM1 tuk yahudi umpama 1 butir peluru untuk mereka .. fikir2kanlah...
 
Back
Top
Log in Register