mimpi rasulullah saw
Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW 'Sesungguhnya aku telah
mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan........'
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh
malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur
yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang
diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan
dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskan nya dari
seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap
kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu
datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum
hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi
yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambi
l ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap
gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan
binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT lalu mengeluarkan nya dari kegelapan kepada tempat yang
terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang
mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHI MNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis- nepis percikan api ke
mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA
ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: 'SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT'