Mufti Perlis ni suka memperlekehkah ulama terdahulu. Mereka yang berilmu dan yang ada ilmu itu berlainan. Yang berilmu itu orang yang memperoleh ilmu dengan beramal soleh dan mendapat Hidayah dari Allah swt. Mufti Perlis ini hanyalah seorang yang berlajar mendapatkan Ilmu. Orang yang lama dan mempunyai ilmu lalu beramal dengannya tak sama dengan orang muda yang belajar untuk mendapatkan ilmu. Komentarnya seolah-olah umat Islam di Malaysia ini mengikuti ilmuan-ilmuan yang dahulu yang kurang hebat berbanding dengan kodoktoran yang di milikinya. Beliau mungkin tidak sedar ilmu yang di dapatinya di al azhar telah pun di resapi oleh yahudi. Jika beliau benar, mengapa sanggup bertahan dengan membuatkan negeri Perlis berlainan dengan semua negeri2 lain di Malaysia ini. mengamalkan mazhab yang berlainan. mengapa tidak di selaraskan sahaja. Ini lah perpecahan yang tidak sepatutnya di biarkan beliau. Ini perkara asas. Dah lah umat Islam di pecahkan dengan mazhab2 di seluruh dunia, di malaysia pulak terdapat satu negeri yang kecil yang kononnya mengamalkan kelainan. Tidak perlu tahlil, tidak perlu berzanji, tidak ada talkin hinggalah kepada cara kapan mayat.Ini adalah bentuk penyelewengan dan perpecahan yang di lakukan oleh orang yang kononya berilmu pada akhir zaman ini. Ini lah yang di takuti oleh Baginda saw. Dimanakah pembawakan alim ulama selepas beliau. dengan ajaran wahabi yang kononnya tidak perlu menaggungkan Rasulullah saw, maka negara ini bakal kucar-kacir dengan fahaman sempit yang bijak membidaahkan orang islam dan orang lain. Tidak rugi jika anda tidak agungkan mufti perlis ini kerana beliau sendiri membaca buku dan kitab dan setakat itu lah ilmunya. Apakah buku dan kitab yang beliau baca itu betul-betul dari baginda saw atau yang ingin di jelaskan oleh Rasulullah saw. Beliau pun masih tercari-cari. Jangan taksub dengan beliau kerana jika beliau mempertikaikan burung-burung bercakap tentang kelahiran baginda saw dalam berzanji, maka beliau harus bertanya kepada dirinya adakah beliau percaya makhluk Allah selain manusia dan jin sentiasa berzikir kepada Allah swt, Nabi Sulaiman bercakap dengan binatang, dan sebagainya. Kenapa beliau harus mempertikaikan perkara-perkara yang telah di amalkan umat Islam sejak dahulu sedangkan beliau tidak perlah melaluinya. Percayakah beliau jika ada hamba Allah yang melalui amalan yang ikhlasnya dapat mendengar zikir dan salawat dari angin dan pokok-pokok?. Janganlah kiranya beliau yang baru setahun jagung hanya pandai pertikai perkara-perkara yang beliau belum pernah melaluinya. Jika beliau ingin melaluinya semuanya, mulakan dengan memegang anjing dan cuba fikirkan kenapa di katakan najis besar. Ini kerana beliau ingin bukti dan tidak hanya mahu mengikut tanpa malaluinya. Mengapa beliau percaya bahawa memegang anjing adalah dosa besar sedangkan beliau sendiri takut menyentuh anjing atau belum pernah menyentuh anjing.Jangan mudah terpengaruh dengan perwatakan sesorang, walaupun yang bergelar Mufti. Ingatlah bahawa wali2 Allah swt itu adalah mereka yang tidak di kenali dan mereka sendiri pun tidak tahu bahawa mereka itu wali Allah, namun doa mereka sentiasa di makbulkan oleh Allah swt.