BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

anna musykil...

  • Apakah perlu kita menggerak-gerakkan jari ketika tasyahud ataupun tidak?
  • Bilakah perlu kita mengangkat jari ketika tasyahud?


Isu tasyahud ini merupakan khilaf yang masih lagi dibincangkan ulama hingga ke hari ini. Dalam membincangkan persoalan ini, beberapa hadis sahih telah dikumpulkan berkaitan perkara ini. Di antara hadis-hadis tersebut ialah:

1.Abdullah bin Jubair ra berkata: Bahawasanya Nabi saw adalah beliau ketika berdoa (tasyahud), beliau mengisyaratkan dengan jarinya dan tidak menggerak-gerakkannya.

2.Wail bin Hujur ra berkata: "Aku akan tunjukkan cara solat Rasulullah saw." (Seterusnya beliau menerangkan): "Ketika duduk (tasyahud), beliau duduk di atas kaki kirinya sambil meletakkan tangan telapak tangan kirinya di atas paha dan lututkirinya. Kemudian baginda mengangkat sedikit siku kanannya di atas paha kanannya. Kemudian beginda melipatkan dua jari )jari kelingking dan jari manisnya) dengan ibu jarinya dan membentuk satu lingkaran )dengan jari tengah). Kemudian baginda mengangkat jarinya (telunjuk) dan aku melihat beliau menggerak-gerakkannya dan baginda berdoa dengannya."

3.Abu Humaid ra berkata: "Akulah orang paling tahu di antara kalian tentang solat Rasulullh saw." (Seterusnya beliau menenrangkan). "Bahawasanya Rasulullah saw duduk yakni duduk tasyahud maka baginda membentangkan kaki kirinya dan menghadapkan bahagian depan kaki kanannya ke arah kiblat. Beliau meletakkan telapak tangan kanannya atas lutut kanannya dan telapak tangan kirinya atas lutu kirinya. Dan beliau mengisyaratkan dengan jarinya, yakni jari telunjuknya."

Kesemua hadis-hadis di atas adalah hadis sahih. (Albani mengatakan bahawa hadis pertama di atas adalah syadz. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan hadis menggerakkan jari. Walaupun begitu, beliau mengatakan isnadnya kuat) Daripada ketiga-tiga hadis di atas, kelihatan seperti terdapat percanggahan antara hadis-hadis tersebut. Di mana ada yang mengatakan tidak bergerak dan ada yang mengatakan jari digerakkan ketika tasyahud.

Persoalannya, bagaimanakah cara yang lebih afdal? Menurut Imam SyafiI, tidak menggerakkan jari adalah lebih afdal. Al-Baihaqi telah menghuraikan bahawa hadis kedua di atas bukanlah bermaksud menggerakkan jari berulang-kali, tetapi kalimah menggerak-gerakkan jari tersebut membawa erti memberi isyarat dengannya. Ini dikuatkan lagi dengan bilangan hadis yang mengatakan tidak digerakkan jari adalah lebih banyak berbanding sebaliknya.

Walaupun hadis-hadis di atas seakan-akan saling bercanggah antara satu dengan yang lain, tidaklah bermaksud hadis-hadis tersebut boleh dimansukhkan. Penilaian syadz oleh Albani bukanlah muktamad kerana hadis tersebut disahihkan oleh Abu Uwanah, Abu Daud, An-Nasai dan al-Baihaqi. Apatah lagi Albani sendiri mengatakan isnadnya adalah kuat. Menurut Al-Sanani boleh sahaja diamalkan mana-mana cara sekalipun yakni menggerakkan jari atau tidak kerana kedua-duanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan inilah pendapat yang saya persetujui. Bersesuaianlah dengan hadis Rasulullah saw:

Solatlah kamu sepertimana engkau melihat aku solat. [Hadis sahih dikeluarkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain]


Kesimpulannya, kedua-dua amalan tersebut adalah sunnah dan sabit daripada Rasulullah saw melalui hadis-hadisnya yang sahih. Maka boleh saja untuk diamalkan salah satu antara keduanya.

  • Bilakah perlu kita mengangkat jari ketika tasyahud?

Di dalam persaoalan ini, secara umum terdapat beberapa pendapat yang masyhur yakni:

* Mengangkatkan jari ketika kalimah Lailahaillallah atau Illallah.
* Mengangkatkan jari dari mula tasyahud hingga ke akhir.

Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyokong amalan yang pertama di atas. Ini bermakna kaedah mengangkatkan jari yang sebenar adalah mengangkatkannya dari awal hingga ke akhir tasyahud. Bersesuaianlah dengan pendapat Imam Syafie sendiri yang dinukilkannya dalam kitab al-Umm.

Oleh yang demikian, amalan yang pertama seharusnya ditangguhkan terlebih dahulu sehingga ditemukan dengan dalil yang sahih. Dengan erti kata yang lain, kaifiat tasyahud adalah mengangkatkan jari dari awal hingga akhir tasyahud, bukannya hanya ketika menyebut kalimah Lailahaillallah. Allahualam.

Wassalam
 
islam tu mudah... kalo korang tak pasti, jangan buat... yang penting 13 rukun solat tu pastikan sempurna :

Rukun Solat terdiri daripada 13 perkara:

* Niat
* Takbiratul ihram
* Berdiri betul bagi orang yang berupaya
* Membaca surah Al-Fatihah
* Rukuk serta tamaqninah
* Iktidal serta tamaqninah
* Sujud serta tamaqninah
* Duduk antara dua sujud
* Duduk tahiyat akhir
* Membaca tahiyat akhir
* Membaca salawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
* Memberi salam yang pertama
* Tertib

ada pun perkara2 sunat lain mengikut nabi tu HANAYALAH SUNAT! kalo tak pasti jangan memandai2 ikut apa yang org buat... tanpa tau betul ke idak..

Cuma bg aku,

1. Memang gerakan jari tu nabi ada buat dan ada hadis sahih.. (akan aku scan kendian). Cuma caranya yang aku belaja, takder plak kene ikut kalimah syahadah, lukis angin... ntah la.. Wallahu'alam
2. Bacaan Qunut - Sunat yang dituntut... tak buat takper, buat dapat pahala... - mudahkan? jangan pening2..
3. menyapu muka pas beri salam kedua - Yang ini TIADA!!! aku tak penah jumpa selama aku belaja ULUM HADIS... kalo korang jumpa, bg tau aku...
4. Memberatkan/tekan lutut kiri semasa tahiyat - yang ni pun sunat gak... - kalo tak paham nih, bg tau aku... (akan aku sertakan hadis sahih sekali)
 
kekekeek,tu dia,sound direct nyer...aku masih cover2 lagik:)) :)) :))
Wahabi harus ditentang habis habisan

sound jer ape nak takut...ulama hadis tu beb..jgn memain..:))

p/s: aku cari kaki tuhan tak jumper lagi nie...saper leh tunjukkan ..
 
Btullh Cik, rerata kat sini cita pasal doa quunut, pasal jejari bergerak tu msih lom terjwp lagi...

Saya pun nak tau gak ni.

Tp Cik... Camne cik leh tau masa Cik solat cik nampak jejari kawan sbelah tu bergerak2? sedangkan masa tuk Cik sedang qushuk bersolat...

Ni yg saya mushkilkn ni... :)

Sila2... tambah2 lg.

bukan cik eh bro...aku laki la..

msti r tperasan kalo dah org sblh gerak2kn jari,adehh...
 
Emm Sorry..Ini pendapat Sayalah..Saya Masih belajar dan belajar bersama foreigner yg rata2nya datang dari Negara2 Arab..Diorang pun x buat doa qunut dan sujud sahwi bla diorang imamkan solat..Bla dirujuk dgan Ustaz Saya,Dia bgtau Kat Negara2 ARab pun Ada yg x wat Doa Qunut dan sujud Sahwi..Alasannya Mazhab yg berbeza..Soal Jari 2 pun sama..Mazhab yg berbeza..Tp bolehlah tanya kay kawan 2..Dia ikut Mazhab yg mana satu??Syafie ke?Hambali ke?Maliki ke????Mana2lah...Tp apa yang kt wat sekarang dah btl dah..Doa Qunut..Sujud Sahwi..Dan rukun2 lain..Dan Dalam semua Mazhab yg ada setakat ni..Mazhab Shafielah yg paling sempurnalah bagi saya..Coz Mazhab mementingkan kesempurnaan dalam solat dan kemudahan sewaktu melakukan ibadat...


Kejayaan Manusia adalah menerusi agamanya,ikut sunnah Rasulullah S.A.W
 
Emm Sorry..Ini pendapat Sayalah..Saya Masih belajar dan belajar bersama foreigner yg rata2nya datang dari Negara2 Arab..Diorang pun x buat doa qunut dan sujud sahwi bla diorang imamkan solat..Bla dirujuk dgan Ustaz Saya,Dia bgtau Kat Negara2 ARab pun Ada yg x wat Doa Qunut dan sujud Sahwi..Alasannya Mazhab yg berbeza..Soal Jari 2 pun sama..Mazhab yg berbeza..Tp bolehlah tanya kay kawan 2..Dia ikut Mazhab yg mana satu??Syafie ke?Hambali ke?Maliki ke????Mana2lah...Tp apa yang kt wat sekarang dah btl dah..Doa Qunut..Sujud Sahwi..Dan rukun2 lain..Dan Dalam semua Mazhab yg ada setakat ni..Mazhab Shafielah yg paling sempurnalah bagi saya..Coz Mazhab Shafie mementingkan kesempurnaan dalam solat dan kemudahan sewaktu melakukan ibadat...


Kejayaan Manusia adalah menerusi agamanya,ikut sunnah Rasulullah S.A.W
 
kira sume org2 perlis smyg gerak2kn jari la yek ms tahiyat tu?reason?mmg nabi pn smyg cmtu ke?tp nape perlis jek?
org2 perlis jgn marah no,anna musykil la...

:-? :-? :-?

so ape relevan nye gerak jari?solat makin khusyuk ke?

watever happens happens for a reason
 
Emm Sorry..Ini pendapat Sayalah..Saya Masih belajar dan belajar bersama foreigner yg rata2nya datang dari Negara2 Arab..Diorang pun x buat doa qunut dan sujud sahwi bla diorang imamkan solat..Bla dirujuk dgan Ustaz Saya,Dia bgtau Kat Negara2 ARab pun Ada yg x wat Doa Qunut dan sujud Sahwi..Alasannya Mazhab yg berbeza..Soal Jari 2 pun sama..Mazhab yg berbeza..Tp bolehlah tanya kay kawan 2..Dia ikut Mazhab yg mana satu??Syafie ke?Hambali ke?Maliki ke????Mana2lah...Tp apa yang kt wat sekarang dah btl dah..Doa Qunut..Sujud Sahwi..Dan rukun2 lain..Dan Dalam semua Mazhab yg ada setakat ni..Mazhab Shafielah yg paling sempurnalah bagi saya..Coz Mazhab Shafie mementingkan kesempurnaan dalam solat dan kemudahan sewaktu melakukan ibadat...


Kejayaan Manusia adalah menerusi agamanya,ikut sunnah Rasulullah S.A.W

Al-Quran nye tgl kt mana bro?
 
Back
Top
Log in Register