BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anjing suka makan stokin

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Pakar veterinar yang membedah seekor anjing selepas haiwan itu dikejarkan ke hospital kerana sakit, terkejut apabila menemui 43 stoking dalam perutnya.

Anjing baka Great Dane berusia tiga tahun itu dikejarkan ke sebuah hospital haiwan di Portland, Oregon selepas pemiliknya bimbang apabila haiwan peliharaannya itu mula muntah dan murung.

Doktor menjalankan ujian sinar-X pada haiwan itu dan mendapati sejumlah besar ‘bahan asing’ di dalam perutnya.

Mereka mengambil keputusan menjalankan pembedahan.

Dua jam kemudian, doktor mengeluarkan 43 stoking daripada perutnya.

Ia sekali gus menyelesaikan misteri kehilangan stoking keluarga itu.

Jurucakap hospital, Shawna Harch berkata, mujur haiwan itu tidak mati.

Menurutnya, ia antara kes paling ganjil dalam sejarah hospital berkenaan.

Sebelum ini, doktor di hospital itu pernah membedah seekor anjing untuk mengeluarkan glu yang ditelannya.


pix_gal1

Foto
43 stoking yang dikeluarkan daripada perut anjing berkenaan.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anjingkemarukstoking/Article/index_html
 
pandai anjing ni makan...tuan dia x perasan lansung
 
Back
Top
Log in Register