BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anjing salak mayat bayi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ‘objek’ terapung yang disangka anak patung di dalam Sungai Segambut di sini, semalam sebenarnya mayat bayi lelaki yang cukup sifat dipercayai dibuang.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, penternak kambing dikenali sebagai Azmi, 40, berkata dia memeriksa ‘objek’ itu selepas diminta berbuat demikian oleh seorang pekerja pembersih sampah yang menemuinya.


“Saya terkejut apabila mendapati mayat bayi lelaki dalam keadaan telentang itu sudah kembung manakala kepalanya kemik selain masih bertali pusat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Azmi, dia tidak menyangka salakan sekumpulan anjing yang berkumpul di tepi sungai terbabit sejak malam kelmarin, rupanya petanda kejadian terbabit.


“Malam tadi (kelmarin) ketika mahu menutup kandang kambing, saya ternampak beberapa ekor anjing menyalak ke arah sungai seolah-olah ternampak sesuatu yang pelik.


“Namun, saya tidak memeriksa lanjut kerana beranggapan mungkin kumpulan anjing itu terserempak dengan biawak atau ular yang sering ditemui di perangkap sampah itu,” katanya.

Azmi berkata, sepanjang tinggal di kawasan itu sejak setahun lalu, ia kejadian pertama membabitkan penemuan mayat bayi di sungai yang terletak di belakang Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan hasil siasatan awal, polis percaya mayat bayi berkenaan dihanyutkan dari hulu sungai lebih 24 jam sebelum itu.


Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anjingsalakmayatbayi/Article/index_html
sumber:
 
sedangkan haiwan pun menyayangi makhluk lain, tp manusia ***** yg da beromen secara haram senang2 jer buang anak... baler... baler...
 
Ajing pun main tak buang anak....tapi manusia nain dapat anak buang anak...manusia lebih hina kah dari anjing...
 
org yg buat cengini, tuhan hukum diaorg di dunia lagi dgn tiada lagi aman jiwa diaorg. diaorg buang bayi ini , diaorg rasa boleh settle semua,tp percayalah, selepas itu dlm jiwa dan minda diaorg, tuhan akan campukkan kecelaruan hidup.
 
makin parah masalah sosial oh malaysia ku..#:-S~X(
 
manusia jahanam...bagi la kat org...nape ko p bunuh...
 
ish..takde rasa kesian ke si ibu yg melahirkan anak tu ke?zalim sungguh sampai main buang je ke sungai..hm..ramai lagi org yg kt luar tu yg boleh tlg jaga...ish..
 
bengong!!!benci!benci! dgn kejadian ini..sifat manusia dah lebih dr binatang malahan lbh teruk dr binatang..moga Allah beri pembalasan yg setimpal pd manusia yg buang anak ini...
 
Back
Top
Log in Register