BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anjing 'makan' tuan

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Juwan Riduan

[email protected]
ANGGOTA bomba menangkap anjing yang menggigit mangsa. FOTO Ihsan Bomba


ANGGOTA bomba menangkap anjing yang menggigit mangsa. FOTO Ihsan Bomba


Penampang: Dua lelaki termasuk seorang parah selepas dipercayai digigit anjing peliharaan mereka sendiri di Taman Putera Pogun, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 20 tahun parah di bahagian tangan manakala seorang lagi berusia 25 tahun cedera ringan di bahagian paha.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu 3.49 petang.

Katanya, sepasukan lapan bomba bersama sebuah jentera dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua lelaki digigit anjing peliharaan dan seorang mangsa parah di bahagian tangan manakala seorang lagi cedera ringan dk paha.

"Kedua mereka kemudian diberi rawatan awal seterusnya dihantar ke klinik oleh ibunya untuk mendapat rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, dalam masa sama, pasukan bomba menenangkan anjing berkenaan sebelum menangkapnya.

"Selepas berjaya ditangkap, anjing itu diserahkan semula kepada pemiliknya.

"Operasi ditamatkan pada 4.42 petang tadi," katanya.
 
Apa le tuan dia buat sampai anjing tu stress macam tu sekali
 
Aku masih tak faham kenapa masih lagi diserah pada pemiliknya.
 
ada la tu. lapar barangkali. jgn penyakit anjing gila sudah.
 
Settle mcm tu je ke...
Lepas ni gigit lagi...tangkap, pulang ke pemilik..sampai abg jamil mampus agaknye .
Pemilik taknak teruskan kes,dia dah maafkan anjing dia dah,kes selesai.
 
tuan tu sayang anjing tu. kurus sangat anjing tu. tuan tak bagi makan ke?
 
Back
Top
Log in Register