ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Penduduk Trigueros del Valle mahu membentuk satu undang-undang baharu yang memberi hak yang dimiliki oleh manusia kepada kucing dan anjing. AGENSI
MADRID 24 Julai – Penduduk di sebuah bandar kecil di negara ini telah mencapai kata sepakat untuk membentuk satu undang-undang baharu yang bakal mengejutkan ramai pihak, apabila mahu memberi hak yang dimiliki oleh manusia kepada kucing dan anjing.
Mail Online melaporkan, keputusan penduduk Trigueros del Valle yang mempunyai populasi kira-kira 330 orang berbuat demikian, berkait rapat dengan tradisi lawan lembu yang merupakan sukan tradisional rakyat Sepanyol.
Bandar kecil yang terletak di dalam wilayah Valladolid itu sering dijadikan sebagai gelanggang lawan lembu yang menyaksikan seorang matador perlu membunuh haiwan berkenaan untuk diisytihar sebagai pemenang.
Datuk Bandar Trigueros del Valle, Pedro Perez Espinosa berkata, status baharu yang diberikan kepada haiwan-haiwan terbabit merupakan satu langkah bijak dan betul.
“Anjing dan kucing sudah hidup bersama manusia lebih daripada 1,000 tahun. Saya kini bertanggungjawab bukan sahaja kepada penduduk, tetapi juga kepada haiwan-haiwan yang berada di bandar ini,” jelasnya.
Penguatkuasaan undang-undang itu bakal menyaksikan sukan lawan lembu dan mana-mana sukan yang melibatkan pembunuhan haiwan akan diharamkan di Trigueros del Valle.
Bagaimanapun, tindakan tersebut dikritik oleh peminat sukan lawan lembu yang menyifatkan pembuatan mereka seperti mahu menghapuskan tradisi nenek moyang yang diwarisi.