ea.quality
Active Member
- Messages
- 1,034
- Joined
- Nov 21, 2011
- Messages
- 1,034
- Reaction score
- 150
- Points
- 33
Entry Jom Anime kali ini ingin akan bercakap tentang Seinen Anime iaitu Samurai Champloo. Cerita ini berlatarbelakangkan era Edo dimana pengaruh bangsa yang hadir ke Jepun mula dirasai penduduk setempat.
Mugen,Fuu dan Jinn
Produksi Anime oleh Manglobe dan diarahkan oleh Shinishiro Watanabe ini meletakan elemen fusion antara sejarah jepun, elemen hip hop dan Pop Culture di Jepun. Para pembaca yang ingin melihat video ini hendaklah sedia maklum bahawa ini merupakan seinen anime dimana elemen keganasan, pergaduhan , dan plot berat ada disini.
http://img2.blogblog.com/img/video_object.png
Plot cerita Samurai Champloo mengisahkan tentang wanita muda bernama Fuu yang dalam misi mencari bapanya yang hilang sejak kecil. Ketika dalam perjalanan , Fuu terserempak dengan Mugen(Nitoryuu) dan Jinn(Ittoryou) yang merupakan 2 Swordsman yang berbeza style lawan.
Aksi Mugen dan Jinn
Dimana Mugen mempelajari teknik lawan pedang jalanan yang mengunakan teknik 2 pedang manakala Jinn pula merupakan ahli Dojo sejak kecil dan merupakan pakar pengunaan teknik 1 pedang. Fuh, cerita ni penuh aksi lawan pedang dan paling best anime ni hanya ada 26 episod.Memang ringkas dan boleh tengok dalam satu hari.
Jom kenal watak Samurai Champloo
Mugen
Mugen bermaksud ''kebebasan'' atau ''berterusan'' atau ''Infinity''. Dilahirkan di wilayah keganasan di Pulau Ryukyu Jepun ini mempelajari seni teknik 2 pedang (Nintoryuu) melalui perlawanan pedang dengan ahli pedang sejak kecil.Tiada latihan pedang khusus seperti latihan dojo , membuatkan seni teknik pedang yang lebih freeflow atau bebas dengan campuran artistik pedang dan kemahiran teknikal badan. Watak Mugen membuatkan otakukini merasakan Mugen mirip watak Zaraki Kenpachi dari manga Bleach.Oleh kerana latar belakang yang miskin dan ganas, Mugen tidak tahu membaca dan lebih suka berlawan mengikut naluri panas baran nya.
Jinn
Jinn ialah seorang ahli pedang terhebat yang mendapat pendidikan secara penuh latihan Kenjutsu Dojo. Jinn mendapat jolokan lelaki seribu pedang (A Man with a Thousand Swords) dek kerana kehebatan dia mengunakan pedang. Teknik 1 pedang Jinn lebih tersusun dengan teknik pedang lebih teratur dan mengikut pattern atau retak kenjutsu. Jinn mengikut prinsip Bushido dan dikenali sebagai pendeta samurai.Berbanding Mugen, Jinn lebih tenang dan bersifat analytic ketika berlawan.
Fuu
Fuu merupakan seorang remaja berumur 17 tahun yang kehilangan bapanya yang merupakan seorang samurai . Fuu berjumpa dengan Mugen dan Jinn semasa mereka sedang melarikan diri dari polis . Fuu yang hebat dalam teknik melarikan diri ini akhirnya dianggap sebagai penjenayah seperti Mugen dan Jinn, maka bermula perjalanan penuh aksi dan suspen.
Kesimpulan
Anda mungkin minat menonton Anime Samurai Champloo sekiranya:-
- Anda meminati elemen sejarah ringkas Jepun
- Anda meminati aksi pedang dan samurai
- Anda membaca manga Bleach,Gantz atau Ruroni Kenshin
- Anda berumur 18 tahun ke atas dan meminati aksi violence dan ganas adegan lawan
- Anda membaca manga jenis Seinen.
- Anda tidak banyak masa dan berminat dengan short anime(26 Episod
Sumber dan Download di:-
http://otakukini.blogspot.com/2013/01/jom-animesamurai-champloo.html
Last edited:
