BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angry Bird Kena gigit dgn tikus

nakar

Active Member
Messages
2,074
Joined
Aug 19, 2011
Messages
2,074
Reaction score
0
Points
20
NEW DELHI – Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.

Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.

Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

“Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus,” kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.

Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.

Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada Sabtu lepas, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.

Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Dis lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut.


http://mynewshub.my/2011/12/24/mati-lepas-alat-kelamin-putus-digigit-tikus/:((:((:((
 
igt bird apa tadi...
huhu... bersyukur hospital negara kita tak sesak mcm tu..
 
argh... scam gile tajuk..
:(scam :(scam

so arun mati ke angry bird mati?

takziah arun..
 
abeh xkn nk tulis direct....bg gempak sket..huhuu
 
wey gila jgn tahap hospital kita mcm ni dah la..
mmg smpi tikus pun ada situ
 
adess sadis kena kat hospital tp xdpt rawatan...
 
Back
Top
Log in Register