BTC USD 81,089.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

angkasawan - pendapat2 yg pedas2

Dgn duit 95 juta tu berbaloi ke utk pegi angkasa, berbaloi kot tapi apa hasilnya??

Apakah hasil dari pergi keangkasa itu, cuba canangkan ttg tu. yg dok canang2kan bangga bangga bangga.. jelik la aku dengar. Buat apa nak bangga biasa je la, Islam tak galak org bangga2 ni.

Apakah hasil RM95 juta tu kepada rakyat malaysia dari segi ekonomi, teknologi, dan lain2 yg bangga tu please tolak tepi la... negara lain tak pandang pun kita sesorang je yg bangga.
 
:)cgrock
Aku Bangga kerajaan hantar participant pi bulan Sebenarnya banyak yang dapat Manfaat dari pi bulan
antaranya.
1.Boleh kembangkan ilmu main gasing kat angkasa lepas.
2.Boleh jamu astrenoid dan engineer rusia& US makan makanan tempatan
3.Makhluk angkasa lepas baru nampak betapa megahnya jalur gemilang berkibar kat bulan.
4.Boleh gak orang malaysia dok gebang-gebang pasal angkasa lepas.
5.Paling penting Ada orang dapat komisyen beli sukhoi ngan rusia itu pasal pasal rusia kira cincai jerr ...hahaa.

Tapi paling kesian kat student -student hari nii Jangan mimpi nak jadi angkasawan.Cukup tahun Ceti @ Along Kerajaan kejar tuntut hutang coz kerajaan tak ada butget kasi biasiswa
 
Cuba pikir

Tapi paling kesian kat student -student hari nii Jangan mimpi nak jadi angkasawan.Cukup tahun Ceti @ Along Kerajaan kejar tuntut hutang coz kerajaan tak ada butget kasi biasiswa

Tak ada budget utk biasiswa tapi ada hati nak hantar angkasawan ke angkasa lagi dan lagi. Demi kemajuan sains dan teknolgi. Demi rakyat jelata yg berpijak kat bumi yg nyata ni mana?

Minyak kat M'sia dah nak habis, harga minyak makin naik makin naik tak pernah turun. oleh sbb itu harga barang2 dan pengangkutan dan lain2 akan turut naik.. Nak teruskan lagi ke projek angkasa ni? ingat sepuluh ringgit ke project ni? Kalau nak terus kan dgn modal kecik tak berbaloi dgn apa yg akan dapat( dapat la hantar ankasawan ke bulan tiap2 tahun, bayar la 95 juta setahun atau lebih). Kalau nak teruskan dgn modal besar boleh bina sendiri rocket .. nak bina rocket berapa ringgit R&D nya???/ cuba calculate ikut logik la...

Negara yg kaya tak kisah la spt US, jepun China France ke dan lain2

Bina kete proton pun masih terumbang abing lagi ni beb cam mana nak bina rocket ke angkasa ata u ke bulan.
 
ade jugak akhirnye forumers kt sne yg dpt berfikir secara rasional

:)cgrock
 
Semangat camnilah yang boleh memajukan bangsa, boleh dicontohi.

23 Oktober, 2007 22:17 PM

Sheikh Muszaphar Impi Kembali Ke ISS Sebagai Komander


KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Angkasawan pertama Malaysia Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berazam untuk kembali semula ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebagai Komander misi pada masa akan datang.

Beliau yang mengakui masih merasa rindu pada kehidupan di ISS juga berharap untuk berada di sana bagi tempoh yang lebih lama.

"Saya mengatakan pada diri saya sendiri bahawa saya ingin kembali ke ISS selama enam bulan dan berharap kali ini saya dapat menjadi `ISS commander'. Insya-Allah saya akan buktikan pada mereka saya mampu melakukannya," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama Radio24 di sini, hari ini.

Dr Sheikh Muszaphar menyertai dua lagi angkasawan Rusia berlepas dari Baikonur, Kazakhstan, ke ISS pada 10 Okt dan kembali ke bumi pada Ahad lepas.

Beliau berkata kejayaannya menamatkan misi ke angkasa lepas itu membuktikan kesungguhan beliau untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia.

Katanya kini beliau juga merasa lapang seolah-olah tanggungjawab besar yang diamanahkan kepadanya telah berjaya dikeluarkan daripada badan beliau.

"Saya sedar ini adalah tanggungjawab yang begitu besar sekali yang diberikan kepada saya dan saya bersyukur kerana telah melakukannya dengan begitu baik," katanya yang ditemu bual juruhebah Bernama Radio24, Nizal Mohamad secara langsung dari pusat pemulihan di Star City, Moscow.

Sheikh Muszaphar akan berada di pusat kuarantin itu bagi tempoh 10 hari hingga dua minggu bagi tujuan pemantauan kesihatan sebelum boleh dibenarkan pulang.

Dr Sheikh Muszaphar bagaimanapun bersyukur kerana sepanjang melaksanakan misi ke angkasa lepas itu, beliau tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan merasakan kelebihan itu diperoleh hasil doa dan sembahyang hajat yang dilakukan seluruh rakyat Malaysia.

Menyentuh mengenai cabaran yang dilalui semasa melaksanakan misi itu, Dr Sheikh Muszaphar berkata cabaran paling besar ialah untuk melaksanakan eksperimen yang diamanahkan kepada beliau.

"Saya sedar eksperimen yang dilakukan seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) penting kerana saintis telah bekerja bertungkus lumus selama dua tahun untuk melakukan eksperimen itu...dan saya melakukan yang terbaik," katanya.

Dr Sheikh Muszaphar juga menegaskan bahawa beliau mengambil misi ke angkasa lepas itu sebagai satu perkara yang serius dan bukannya untuk bergembira.

"Saya mengambil misi itu dengan begitu serius. Bukan nak bergembira atau sekadar melancong ke angkasa lepas. Bagi saya ia penting untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa kami rakyat Malaysia mampu melakukan benda-benda seperti ini," katanya.

Beliau berkata lebih membanggakan apabila beliau telah diberi kepercayaan oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah untuk membaiki peralatan badan berkenaan ketika di ISS.

"Bagi saya adalah penting untuk membuktikan kepada mereka supaya lebih ramai angkasawan Malaysia dibenarkan ke angkasa lepas sebagai angkasawan, bukan sahaja sebagai pelancong atau berseronok, tetapi lebih serius sebagai angkasawan," katanya.

Dalam temu bual hampir satu jam itu, Dr Sheikh Muszaphar turut ditanya mengenai tindakan Pentadbiran Aeronautikal dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) yang tidak mengiktirafnya sebagai angkasawan sebaliknya mengiktiraf beliau sebagai "space flight participant" (peserta penerbangan ke angkasa lepas), Dr Sheikh Muszaphar berkata ia tidak penting baginya.

"Bagi saya tidak kira Nasa nak panggil `space flight participant' atau apa yang penting saya diiktiraf sebagai angkasawan oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Begitu juga Rusia yang telah mengiktiraf saya sebagai `Cosmonaut Researcher'. Ini amat penting sebab saya menjalani latihan dengan mereka dan hanya mereka yang tahu apa yang telah kami lalui dan betapa serius kami untuk melaksanakan misi ini," katanya.

Beliau bagaimanapun menekankan bahawa latihan yang dijalankannya adalah berbeza daripada latihan yang dilalui oleh pelancong angkasa lepas, yang hanya menjalani latihan selama enam bulan.

"Mungkin saya juga harus buktikan kepada mereka saya mampu melakukan yang terbaik. Harap selepas ini saya akan dapat peluang untuk ke angkasa lepas lebih lama, mungkin enam bulan dan berpeluang bekerjasama dengan Nasa dan membuktikan kepada mereka kami setaraf dengan angkasawan mereka," katanya.

Sementara itu ketika menceritakan detik-detik cemas pendaratan kapsul Soyuz TMA-10, Dr Sheikh Muszaphar berkata pada masa itu beliau merasa kesukaran untuk bernafas dan dadanya seperti dipijak gajah ekoran pendaratan balistik dan tekanan yang tinggi yang dirasai di dalam kapsul itu.

"Kami rasa seperti seekor gajah memijak dada... menekan dada rasa tak dapat bernafas dan tidak selesa. Tapi kami telah diajar untuk bernafas melalui abdomen dan melepaskan nafas melalui dada, latihan itu yang menyelamatkan kami," katanya.

Kapal Soyuz TMA-10 yang membawa ketiga-tiga angkasawan itu menghadapi kesilapan mekanikal menyebabkannya mengalami masalah untuk mendarat dengan perlahan. Pesawat itu bagaimanapun selamat mendarat di bumi Ahad lepas pada pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 waktu Malaysia) selepas melalui perjalanan selama 3 jam 23 minit.

Dalam pada itu Dr Sheikh Muszaphar turut mengambil kesempatan menerusi temu bual itu untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat negara ini yang mendoakan kejayaannya dan berharap Malaysia akan melahirkan lebih ramai angkasawan dan saintis pada masa akan datang.

Beliau juga berharap Malaysia akan memajukan lagi bidang aeroangkasa dan menghasilkan roket sendiri untuk membuat pelayaran ke angkasa lepas pada masa akan datang.
 
Tak ada budget utk biasiswa tapi ada hati nak hantar angkasawan ke angkasa lagi dan lagi. Demi kemajuan sains dan teknolgi. Demi rakyat jelata yg berpijak kat bumi yg nyata ni mana?

Minyak kat M'sia dah nak habis, harga minyak makin naik makin naik tak pernah turun. oleh sbb itu harga barang2 dan pengangkutan dan lain2 akan turut naik.. Nak teruskan lagi ke projek angkasa ni? ingat sepuluh ringgit ke project ni? Kalau nak terus kan dgn modal kecik tak berbaloi dgn apa yg akan dapat( dapat la hantar ankasawan ke bulan tiap2 tahun, bayar la 95 juta setahun atau lebih). Kalau nak teruskan dgn modal besar boleh bina sendiri rocket .. nak bina rocket berapa ringgit R&D nya???/ cuba calculate ikut logik la...

Negara yg kaya tak kisah la spt US, jepun China France ke dan lain2

Bina kete proton pun masih terumbang abing lagi ni beb cam mana nak bina rocket ke angkasa ata u ke bulan.

mungkin kita patut tak pergi kerja esok sementara tunggu proton pulih, mungkin kita juga patut jangan makan sampai power window proton sempurna designnya.
 
untung wei org naik bulan......
siap buleh tu buleh ni.........kayoooooo.....
 
... hmmmm.. aku tak dengar cerita lagi pasal capsul yg jatuh tu?.. okey ker?.. sampel2 experimen kita tu okey ker? boleh pakai utk kajian seterusnya ker dak?.. kalau semua tu hancur & rosak.. macam mana yer?.. kalau laa semuanya tak boleh pakai.. kita cuma ada Dr shaik muzafar sajalah yang jadi sepecimen angkasa lepas kita.. he he he.. siasat la tubuh badan dia.. darah dia.. nafas dia .. najis dia tengok effect angkasa lepas keatas maknusia.. betul tak?.. jadi expedisi ke angkasa lepas ini sebenarnya tak membazirkan.. kalu banding dgn pi terjun ciruk kat artartik, naik perahu ke antartic etc etc.
 
Salam semua...:D
amboi aku tak online 3,4 hari nie bukan main sedap ko org bantai aku...:D
siapa kutuk aku tak sembahyang laaa....
jelous cita tak dapat jadi angkasawan laa...
dengki selection tak dapat laa....

bro..ini dah kira serangan peribadi bro...
kita disini mau berhujah dengan pendapat masing2 berkenaan projek angkasawan nie dengan pendapat yg 'pedas'...
aku kasi pendapat aku dan hujah pasal angkasawan nie....
yg ko org bantai peribadi aku apa hal....lantak aku laa sembahyang ka tak...
kalau ko dah tahu aku tak sembahyang apahal ko tak tarbiah aku suruh sembahyang nanti dengan ko ko aku bawak masuk neraka
sebab tak dakwah aku suruh sembahyang.....udahlaaa malas aku nak ulas bab nie nanti kira serangan peribadi plak....

ada aku tak sokong projek angkasawan nie???
jawab mai sini sat.......
ada aku tak bangga projek angkasawan nie tak...??
jawab mai sini sat......
kalau nak tau aku rasa aku dah post dah benda nie dan isu nie...pie selak dan cari sendiri....
kalau tak ada kat sini kat tajuk angkasawan satu lagi....

dan kesimpulan aku tetap sama...
aku tetap berbangga sebab orh kita dah sampai sana
dan aku jgk berbangga sebab inilah antaranya duit rakyat yg diperabih
utk rakyat guna jika tidak buat rugi bagi kat Razak baginda sorg jeee ;)
projek ini bagi aku belom tiba masanya kita hantaq p sana
kita perbanyakkan dulu enggeniar2 dan bijak pandai dlm bidang aeroangkasa nie....
kasi ajaq student2 kita..kasi biasiswa pada yg betol terra dan pandai ilmu nie...
kasi lahirkan ramai bijak pandai angkasa nie...itu baru best...kita dah ada pakar2 dia....
kita dah ada ilmuawan bidang angkasa nie...lepas baru kita start nak hantaq p sana....

cth macam F1...kita buat litar dan kita letak student2 kita jadi engginear dengan sauber...
skrg mereka kira dah terra dah bab F1..ini yg boleh dibanggakan...
just my 2sen laa:D

oklah SMS pon dah balik dgn selamat....alhamdulillah
aku doakan semoga dgn apa yg dilakukan ini
semuanya utk kejayaan Agama bangsa & negara
agar lebih gemilang cemerlang terbilang....

aku nak blah dulu ada kerja tak settle lagi nie...
nanti2 mai kasi pedas balik :D :D :D
 
Back
Top
Log in Register