eishen
Active+ Member
- Messages
- 3,547
- Joined
- Nov 26, 2007
- Messages
- 3,547
- Reaction score
- 82
- Points
- 30
TASEK GELUGOR – Bukan misteri. Kejadian 38 batang anak pokok pisang pelbagai jenis yang tiba-tiba tertanam di sekitar halaman rumah milik Elias Mohd. Desa (gambar) di Kampung Tok Bedu, di sini rupa-rupanya kerana pertikaian hak milik tanah.
Ia dikatakan perbuatan kerana rasa tidak puas hati seorang lelaki yang mendakwa tanah seluas kira-kira 0.4 hektar yang didiami Elias itu adalah miliknya.
Elias, 51, yang ditemui Kosmo! di rumahnya semalam percaya perbuatan menanam pokok pisang itu dilakukan seseorang di kampung itu yang berniat untuk mengusirnya dari tanah tersebut.
“Ada jiran saya memberitahu ada ternampak lelaki tersebut dan keluarganya datang dan bergegas menanam pokok-pokok pisang itu pada petang Sabtu lalu,” ceritanya sambil memberitahu lelaki itu memang beliau kenali.
Beliau memberitahu, tanah tersebut merupakan tanah pusaka milik arwah bapanya, Mohd. Desa Sulaiman.
Kosmo! semalam melaporkan misteri yang menyelubungi Elias dan keluarganya yang tiba-tiba mendapati halaman rumahnya tertanam 38 batang anak pokok pisang tanpa disedari.