BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angkara manusia tamak haloba

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Saidina pernah mengalami kerugian besar apabila 3,000 ikan yang diternak di dalam sangkar ini mati.​

HULU BESUT - Nelayan darat di sekitar Kampung Darau, di sini, bimbang memikirkan masa depan mereka memandangkan populasi ikan sungai di sepanjang Sungai Besut di kawasan ini semakin berkurangan.

Nelayan terbabit, Saidina Sha'ban, 51, berkata, hidupan air di sepanjang Sungai Besut khususnya di anak sungai, semakin terancam disebabkan aktiviti menuba menggunakan racun dan juga mengebom ikan yang dilakukan golongan tamak haloba.

Menurutnya, perbuatan menuba yang didapati semakin berleluasa sejak lima tahun kebelakangan ini turut menjejaskan pendapatan nelayan darat di kawasan terbabit.

"Pendapatan nelayan darat terjejas teruk sekarang, malah tidak menentu akibat kekurangan populasi ikan sehinggakan secara purata mereka memperoleh anggaran RM15 hingga RM20 sahaja sehari.

"Kegiatan menuba ikan sungai biasanya berlaku di kawasan anak sungai. Kegiatan ini dilakukan selepas musim tengkujuh ketika paras air surut apabila takungan air Empangan Jajar dilepaskan.

"Kalau di sungai utama (Sungai Besut), perbuatan menuba ikan atau udang galah jarang dilakukan, sebaliknya ada pihak tertentu yang melakukan aktiviti mengebom ikan terutama di kawasan lubuk," katanya yang menetap di Kampung Padang Buluh dekat Darau, di sini.

Hancur hati lihat ikan mati

Saidina berkata, populasi spesies ikan baung, patin, lampan, ikan ubi (hantu), kaloi dan pelbagai lagi termasuk kelah, amat berkurangan antaranya disebabkan aktiviti mengebom ikan dan menuba.

Dia yang turut menternak ikan di dalam sangkar di sebatang sungai, Alor Tanah Merah yang merupakan salah sebuah ranting Sungai Besut, pernah mengalami kerugian besar apabila lebih kurang 3,000 ikan tilapia diternaknya mati.

"Tragedi empat tahun lalu itu berlaku akibat perbuatan menuba ikan di bahagian hulu sungai yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab. Ia menyebabkan semua ikan yang saya ternak di sungai mati," katanya yang menangkap ikan menggunakan kaedah memancing dan juga memukat.

Menurut Saidina, dia tahu ikan ternakannya mati akibat tuba apabila melihat pelbagai jenis ikan turut terapung di permukaan sungai.

Katanya, ketika itu hatinya hancur, kecewa dan sangat marah kepada mereka yang ingin mengaut untung dengan cepat itu.

Kini, Saidina meneruskan usahanya dengan menternak ikan tilapia, ubi, baung dan beberapa spesies lain di dalam dua sangkar terapung di belakang rumahnya.

Ikan tuba cepat busuk

Menurut Saidina, ikan yang ditangkap secara tuba boleh dikenalkan pasti seperti insangnya berwarna pucat, cepat buruk (busuk) dan juga cepat mati selepas ditangkap.

Lebih malang, dia difahamkan bagi ikan yang terkena tuba, walaupun masih hidup, namun sekiranya terdapat telur dalam badannya, telur tersebut akan rosak dan tidak mengeluarkan anak.

Bagaimanapun katanya, rasa ikan yang dituba dengan dipancing atau pukat, tidak banyak beza berbanding ikan yang ditangkap melalui cara bom.

"Ikan yang ditangkap dengan cara bom tidak sedap dimakan kerana rasa isi ikan berbeza. Ikan yang ditangkap dengan cara ini boleh dikenal pasti dengan melihat bahagian dalam perut ikan seperti pelambung pecah dan bahagian lain turut rosak.

Seorang daripada 13 nelayan darat di situ, Mahusin Ariffin, 40, turut menyatakan perkara sama.

Jumlah ikan makin kurang

Sementara itu, seorang pakar menangkap ikan dengan teknik menyelam dan menggunakan panah yang terkenal di Besut, Mat Jusoh Mahmud, 61, berkata, sejak perbuatan menuba ikan menggunakan racun dan bom berleluasa, jumlah ikan kini jauh merosot.

Kata Mat Jusoh, pengalamannya menyelam di banyak sungai besar termasuk sungai di dalam hutan di negeri ini dan beberapa negeri lain mendapati, amat sukar memperoleh ikan yang dipercayai pupus akibat perbuatan tidak bertanggungjawab seumpama itu.

"Dulu sekali menyelam di kawasan lubuk, bolehlah merasa ikan, tetapi sekarang, kadang-kadang untuk mendapat seekor ikan pun susah," katanya.

Mat Jusoh turut memiliki kebolehan luar biasa menyelam walau tidak guna bantuan oksigen.
 
Back
Top
Log in Register