BTC USD 83,364.3 Gold USD 4,195.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angin putih berpusing luar rumah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Antara kediaman yang terjejas dalam kejadian angin kencang di Taman Chembong Permata, petang kelmarin.​

REMBAU - Saya terkejut melihat angin berwarna putih berpusing lalu di hadapan rumah sebelum pasu jatuh dan atap tercabut," kata S Rahajenki, 49, antara mangsa ribut di Taman Chembong Permata, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 5 petang itu, Rahajenki yang berada di dalam rumah terus keluar apabila mendengar bunyi angin kuat yang kemudian mengakibatkan kira-kira 10 buah rumah terjejas.

"Sebaik mendengar bunyi angin kuat saya segera keluar dari rumah dan terkejut apabila melihat kelibat angin berwarna putih berpusing di luar,

"Angin kencang berpusing berkenaan lalu di hadapan rumah menyebabkan semua pasu bunga terjatuh dan atap rumah saya serta jiran tercabut diterbangkan angin," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian angin kencang itu juga menyebabkan barangan di dalam rumahnya basah terkena air hujan.

Isteri dalam pantang cemas

Bagi Mohd Faizal Nizam Azman, 28, ketika kejadian dia berada di tempat kerja di Pekan Rembau sebelum menerima panggilan daripada isterinya, Nadirah Alias, 25, menyatakan terdapat angin kencang melanda penempatan berkenaan.

Menurutnya, isterinya yang baru sahaja melahirkan anak ketiga, Mohd Putra Arfan Mohd Faizal, yang berusia kira-kira 40 hari sangat cemas semasa kejadian berikutan dua tahun lalu, bahagian belakang rumah pernah dihempap pokok dalam kejadian angin kencang.

"Dua tahun lepas isteri menyelamatkan diri ke rumah jiran, namun pada kali ini disebabkan masih lagi berpantang dan terdapat tiga anak berusia 40 hari hingga enam tahu, isteri hanya mampu berdoa segalanya selamat.

"Kejadian ini juga mengakibatkan atap di bahagian dapur banyak yang hilang diterbangkan angin dan bahagian berkenaan dibasahi hujan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register