BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aneh Kerja Tuhan

servantforever

Fun Poster
Messages
315
Joined
Mar 14, 2010
Messages
315
Reaction score
269
Points
31

Pelik kita dengan kerja Tuhan
Kita pun tidak tahu apa hikmah sebenarnya
Tapi kita yakin setiap kerja Tuhan itu mesti berhikmah dan ada pengajaran
Cuma kita tidak dapat menyingkap rahsia-Nya
Mari kita lihat sedikit kerja Tuhan
Memang pelik dan unik
Apabila Allah Taala murka kepada seseorang, didorongnya orang itu berlaku zalim pada seseorang
Agar dia derhaka dan berdosa
Bila Tuhan cinta kepada seseorang, dia dizalimi oleh seseorang
Maka dia pula mendapat pahala menghapuskan dosanya
Begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj
Ertinya mendapat rezeki secara murka
Kemudian dialirkan sebahagian rezeki kepada seseorang yang bertaqwa dengan tidak ikhlas
Yang diberi rezeki mendapat pahala kerana dia bersyukur
Aneh yang memberi tidak dapat pahala, yang kena beri dapat pahala
Begitulah seterusnya sebagai satu contoh lagi
Apabila Tuhan murka kepada seseorang, didorongnya orang itu memaki seseorang
Kemudian jika Tuhan cinta kepada seseorang, dibiarkan dia dimaki oleh orang
Mengapa orang yang Allah murka dibenarkan menyusahkan orang?!
Tapi orang yang dicintainya disusahkan oleh orang
Aneh kerja Tuhan
Kalau kita tidak faham mungkin kita menyalahkan Tuhan
Maha Besarnya Tuhan daripada melakukan kesalahan
 
Allah lebih mengetahui. kita buat je keje kita sebagai hamba.
 
Ada hadis kudsi, ambe tak ingat perawi, lebih kurang bunyinye gini... Apabila AKU mengasihi seseorang, adakah kamu ingat AKU beri dunia kepadanya.

P/s: kpd masta masta kalu slh tulun betulkan ye
 
Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui...
 
Ada hadis kudsi, ambe tak ingat perawi, lebih kurang bunyinye gini... Apabila AKU mengasihi seseorang, adakah kamu ingat AKU beri dunia kepadanya.

P/s: kpd masta masta kalu slh tulun betulkan ye

Allah bg akhirat, yg lg mahal dr dunia..:)
 
aku nak bca je.,malas nak kmen..pasal x arif plak bab ni..sape2 yg ada hjah dan info tepek la sini untk bacaan bersama..
 
kalau nak cari orang mudah kena scam tt le orangnya

kalau nak jual minyak harga rm10 seliter kat tt le sesuai orangnya

maaf le kalau tersilap kata:D:D
 
perkara ni berlaku supaya kita dpt berfikir segala2nya berlaku atas kehendakNya sb kita hamba tidak mempunyai kuasa dan upaya segala2nya kepunyaan Yg Maha Kuasa lg Esa..
 
Back
Top
Log in Register