frossonice
Active+ Member
- Messages
- 3,459
- Joined
- Oct 5, 2010
- Messages
- 3,459
- Reaction score
- 20
- Points
- 25
Pertama, aku bukan army jadi aku tak tahu strategi sebenar sebagai seorang tentera. Kedua, aku bukan pakar peperangan jadi aku tak tahu secara taktikal apa yang akan berlaku.
Ini pendapat aku. Ancaman terdekat Malaysia bukanlah Singapura atau US. Malah bukan juga China walaupun mereka dok sibuk nak jajah Laut China Selatan. Ancaman sebenar Malaysia dalam masa terdekat adalah ekstremis dan pemisah.
Komunis yang orang kita sampai sekarang masih dok 'takut-takut'kan lagi tu dah berkubur lama dah pun. Siapa yang guna komunis sebagai alasan atau momokan untuk menakutkan orang lain, mereka itu sebenarnya tidak faham realiti semasa dan masih terpengaruh dengan dogma era 80an. China negara komunis tu pun dah jadi separa kapitalis. Tunggu masa bila tekanan middle income gap melanda mereka secara besar-besaran, pasti akan jadi pemberontakan skala besar rakyat menentang pemerintah macam yang berlaku di Jerman Timur dan Soviet suatu masa dulu.
US secara konsep bukan negara yang suka menjajah. Mereka tidak jajah Iraq dan Afghanistan walaupun kelihatan begitu. Jadi untuk menyerang Malaysia atas alasan memerangi keganasan mungkin lebih logik tapi kenapa perlu bersusah payah buat semua tu sedangkan anggota keselamatan Malaysia pun sedang melakukan perkara yang sama, memerangi keganasan (tangkap semua tu). Sebab itulah juga IS masih dianggap tidak sah oleh Malaysia dan rasanya masih dianggap kumpulan militan. Penyokong tegar IS di Malaysia ni boleh buat apa saja yang mereka mahu untuk dakwa IS adalah sebuah negara rasmi tetapi Malaysia tetap tidak akan iktiraf selagi ianya tidak diiktiraf oleh PBB. PBB tak mungkin akan iktiraf.
Israel menggunakan proksi (Singapura) untuk menyerang Malaysia? Atas sebab apa? Perlu kita ingat, konsep ketenteraan Singapura adalah menyerang sebelum diserang. Atau lebih jelas lagi, jika mereka tahu ada negara yang akan serang mereka, mereka akan buat tindakan dengan memusnahkan keupayaan musuh sebelum musuh menyerang mereka. Tapi mereka tidak ada keupayaan untuk menakluk musuh mereka kerana kekangan yang sangat serius dari segi jumlah anggota tentera mereka. Mereka mungkin boleh serang Malaysia selama 3 - 5 hari berterusan tetapi jika dalam tempoh masa itu mereka masih gagal untuk memusnahkan keupayaan ketenteraan Malaysia, selepas tempoh itu Singapura akan hancur diserang musuh dan seterusnya ditakluki. Sebab itulah mereka perlukan sistem pertahanan yang canggih untuk mempertahankan mereka seperti Iron Dome (yang Israel guna itu adalah asalnya untuk pertahanan Singapura).
Secara sentimen, Indonesia tidak akan serang Malaysia. Jutaan rakyat dua negara ini mempunyai hubungan kekeluargaan. Tindakan ketenteraan adalah political suicide. Ini kerana dalam keadaan berperang antara dua pihak ini, kadar kemungkinan 'pengkhianat' secara dalaman adalah sangat tinggi dan ini berpunca dari sentimen 'keluarga'. Bagi aku, rakan pertahanan terbaik Malaysia adalah Indonesia, walaupun kita nampak seperti sering bercakaran.
Filipina tidak akan mampu menyerang Malaysia. They are not that strong enough. Senjata mereka amat usang. Paling kuat mereka boleh serang Sabah dan selepas itu Malaysia akan dengan mudah menawannya kembali jika segala kekuatan tentera Malaysia tiba di sana kemudian.
Thailand tidak jauh beza dengan Filipina tetapi sejak awal kurun ke-20, Thailand lebih bersifat neutral dan non-align. Tetapi jika mereka tetap menyerang Malaysia, perkara pertama yang mereka pelu lepasi adalah Selatan Thailand. Ianya bukan perkara mudah.
Musuh Malaysia paling jelas adalah ekstremis agama/nasionalis dan militan. Mereka boleh berada di kalangan kita tanpa kita sedari. Mereka akan secara tiba-tiba menyerang lokasi strategik atau secara rawak demi mewujudkan suasana kucar kacir dan tidak tenteram. Mereka boleh mengebom tempat tumpuan orang ramai untuk menakutkan orang ramai. Mereka ini semakin berkembang kerana pasaran senjata gelap yang tidak terbatas dan akses komunikasi yang pantas. Itu yang perlu kita risaukan terlebih dahulu.
My 2 cents.