BTC USD 80,866.8 Gold USD 4,165.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

anda tensen??? mari baca beramai2...

Mr Giant

Active Member
Messages
1,371
Joined
Sep 6, 2007
Messages
1,371
Reaction score
4
Points
25
Di sebuah shopping complex yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat
badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan
diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan
temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang
RM1.00.. mesin komputer menjawab dengan kuat: "47 kg!!!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!!!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup 'chubby' dan montel
cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin
komputer mengeluarkan jawapan dengan kuat:

"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai!!!! "



Peguam materialistik

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S
terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah

lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu
kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dg kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu
menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang
sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang
menggeleng-gelengka n kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang
dari mereka berkata,

"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan
mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"

"kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam

lelaki itu menjawab.. "Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus

diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si peguam tadi dengan kuat.. "Di mana jam tangan
Rolex saya?!!"


p/s :nie den copy dr tompek lain yo....:D
:eek: :eek: :eek:
 
kecik ati...mesin suruh naik sorang2...dh sorang arr tue...sure berat giller tue....:)
 
Hahahaha...tak rela la aku nak timbang berat badan kat tengah orang ramai. Malu la...:)) :p
 
ader jenis penimbang yg bagitau kita nie ok ke atau terlalu gemuk/kurus....
aku dh kena kat Kotaraya KL...
penimbang yg ukur berat ngan tinggi sekali tuh(BMI).....
penimbang tu kaler oren, merah ngan biru...
dah laa mahal....
sekali dia bley bagitau kuat2 lak.....
"ANDA SEBENARNYA TERLALU GEMUK!!" malu gua siot....:">
nasib baik mesin tu tak cakap "jangan naik ramai2, nnti cepat rosak..."~X(
 
ader jenis penimbang yg bagitau kita nie ok ke atau terlalu gemuk/kurus....
aku dh kena kat Kotaraya KL...
penimbang yg ukur berat ngan tinggi sekali tuh(BMI).....
penimbang tu kaler oren, merah ngan biru...
dah laa mahal....
sekali dia bley bagitau kuat2 lak.....
"ANDA SEBENARNYA TERLALU GEMUK!!" malu gua siot....:">
nasib baik mesin tu tak cakap "jangan naik ramai2, nnti cepat rosak..."~X(

Ahhhahahahaha...adik aku pun penah kene gak. Punya la bengang dia masa tu...kah kah kah kah:))
 
klu ak naik
maybe mesin tu cakap
'sila naik di atas penimbang'
sbb ringan sgt
 
Back
Top
Log in Register