BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Android Anda Kelak Boleh Berbual Dengan Gemini Untuk Kawal Google Home

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Konsep filem Her semakin mendekati kita dengan teknologi kecerdasan buatan generatif yang semakin haru semakin maju. Google baru-baru ini mengumumkan yang kelak anda boleh berbual dengan Gemini untuk mengawal Google Home.
google-home-gemini-new-01.webp

Sebelum ini, Google Assistant diintegrasikan ke dalam Gemini untuk memudahkan pengguna mengawal peranti Internet benda dalam Google Home. Kemas kini yang akan diedarkan ini membolehkan pengguna bergantung sepenuhnya kepada Gemini dan boleh berbual seakan dengan manusia untuk membantu mengawal peranti seperti lampu, kelajuan kipas, pendingin hawa dan lain-lain.
google-home-gemini-new-02.webp

Contoh yang Google berikan adalah “Turn on the TV and adjust the living room lights for movie time. Oh but not the reading lamp.” Pengguna boleh mengawal banyak peranti dalam dalam satu arahan ringkas. Ciri Help Me Create turut akan diperkenalkan untuk pengguna mencipta arahan spesifik untuk kawalan lebih mudah. Ciri ini tersedia dalam Public Preview khusus untuk pelanggan Nest Aware Plus dan dalam bahasa Inggeris di Amerika sahaja sebelum dibuka kepada umum untuk semua pengguna.

Sumber asal https://www.googlenestcommunity.com...-a-whole-new-level-of-Google-Home/ba-p/653136
 
Back
Top
Log in Register