BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anda baru dalam blog -camna nak mula?

Intergriti Diri Anda berblogging

Post ni dah delete by unknown blogger..Tapi Kelakar bagi lalinglah cara dia mengepost dan I learn something here..Terutama bagaimana kita build integrities, Return Visitor dan SERP :))


aku akan cakap pasal apple aku ni sampai korang jemu, hehe... acah aja, lepas ni tak ada cerita apple dah. daripada lebih 300 features dalam mac os x leopard ni, dictionary adalah salah satu yang aku paling suka. aku dah letak icon-nya kat dock dan boleh klik bila² masa aja kalau perlu. paling best dictionary ini dipautkan terus kepada 4 rujukan iaitu ‘new oxford american dictionary’, oxford american writer’s thesaurus’, ‘apple dictionary’ dan yang paling terbaru ‘wikipedia’. taipkan apa² perkataan yang menjadi kemusykilan, semua huraian akan diberikan dengan panjang lebar.

dictionary ni memang sesuai untuk copywriter yang malas nak rujuk kamus. sesuai jugak untuk student. memang macam kamus bergerak. tapi kamus hijau ‘collins gem dictionary’ gambar fountain lama aku tu tetap aku simpan, hehe...antara benda² lain yang aku belajar dari mesin baru ni:
1. semua file kerja² dalam apple yang aku burn ke cd boleh dibuka dan diedit di dalam pc sebab aku ada pilihan samada burn untuk kegunaan mac sahaja atau kedua²nya sekali, mac dan pc.

2. kegunaan mighty mouse adalah sama seperti mouse lain, logitech misalnya. mighty mouse boleh right click. dulu mouse untuk apple memang tak boleh right click.

3. macromedia freehand dan dreamweaver dah kena beli oleh adobe group. freehand dah obsolete dan digabungkan dengan adobe illustrator. adobe cukup segala²nya kalau nak buat design dan photo editing. diorang ada adobe photoshop cs3, adobe macromedia cs3, adobe illustrator cs3 dan adobe pdf.

aku pernah terbaca tak lama dulu tentang undang² tak rasmi penulisan blog.peraturan tidak rasmi pertama,

1.gaya penulisan blog perlu dikekalkan dari awal lagi. kalau dari awal tulis pasal politik bangkang kerajaan, kekalkanlah cara begitu. identiti itulah yang buat orang datang semua untuk membaca apa yang ditulis oleh si blogger. kalau temanya dari dulu tentang seks sejenis atau pasal minah tudung, agaknya kenalah kekalkan jugak kot.

blog pun kiranya macam ‘branding’ jugaklah. tak boleh suka² tukar konsep penulisan. nanti dicop tak ada identiti pulak. tengok mykakis.net tu, satu contoh pengekalan idea, konsep dan gaya penulisan yang akan diingati kerana identitinya. macam sheila majid jugaklah, takkan dah bertahun nyanyi jazz tiba² tukar dangdut kan? nanti kena ketawa dengan kak melah dan amelina pulak kang, tak pun ifa raziah... hehe...

peraturan tidak rasmi kedua,
tulislah apa yang kita tahu, yang kita tak tahu tak payahlah sibuk² yang tulis jugak. contohnya kalau kita tak faham sangat pasal ekonomi, pasal matematik atau pasal angkasa lepas, tak payahlah mengada² nak tulis jugak sebab nak impress pembaca kononnya.

sebab yang membaca cara diam² tu ramai, nanti kena gelak, malu pulak kang. contohnya kalau tak pernah sampai ke sydney, tak payahlah nak bagitahu orang macamana bestnya sydney opera house tu di depan mata, atau macamana bestnya pemandangan sydney habour tu atau macamana besarnya kebab kat sana.

atau macamana nak cerita bestnya pemandangan tepi laut istanbul kalau tak pernah sampai kat sana. opsss aku pun tak pernah sampai, dulu company trip ke turkey aku tak ikut, sebab ada hal² lagi penting kat rumah, hehe... nasib baik diorang bawak balik video tarian gelek minah arab yang perutnya agak boroi juga... hehe.

maksud aku lebih baik kita menulis benda² yang kita pernah alami. aku rasa kalau yasmin ahmad tak jalan jauh, tak jumpa ramai orang dan tak luas pergaulan, susah jugak nak jadi creative director yang boleh buat iklan atau jalan cerita yang bagus. walaupun aku hanya suka iklan² tv olahan beliau. kalau tak ada jugak cerita nak bagitahu, cerita jer apa yang korang buat hari tu, kena marah dengan bos ke, awek meragam sebab pms ke, atau apa saja, baru nampak ikhlas dan macam real.

peraturan tidak rasmi ketiga,
menulis pun kena ‘jujur’ jugak walaupun penulisnya tidak mahu mendedahkan identitinya / anonymous. menulis secara ‘jujur’ ni pun aku bukan ikut sangat. aku banyak auta jer tengoklah banner kat atas tu, hehe... sebagai contoh, kalau selama ni, penulis tu menulis macam tulisan ‘mat belia’, tiba² nak mencarut bagai, memang nampak tak natural dan tak jujur.

contohnya akulah (aku nak masuk bakul angkat sendiri nih, sedia korang!),dari kecik aku tak pernah diajar cakap mencarut, cakap ‘bodoh kau’ pun tak boleh, apa lagi kalau nak mencarut yang hujungnya ada ‘.....makkk lu’, mahu berbirat belakang kena rotan kalau mulut cabul sangat. jadi secara semulajadinya aku pun tak mencarutlah kalau buat entri, hehe... kalau mencarut jugak, macam tak jujur dengan diri sendiri.

aku cerita ni bukan apa sebab semalam macam nak pecah perut ketawa sorang² bila aku baca blog mamat sorang nih. tak payahlah bagitahu siapa (kalau kau baca tulisan aku ni jangan kau nak perasan pulak!). selama ni dia berasakan diri dia tu hebat sangatlah. aku memang suka baca blog mengarut macam tu (mengarut macam blog aku jugak) tanpa meninggalkan sebarang komen,

baca tulisan dia pastu aku ketawa sorang² atau emo sorang², hehe... tabiat aku memang tak suka nak komen kat blog orang, dah berkurun tak buat, maaflah kalau ada awek² yang tak pernah menerima komen dari aku kat blog korang. alah... cik natasya pun block dia punya comment box. macamana nak hantar komen. nak komen kat flickr dia, aku tak ada account, hehe... alasan.

berbalik kat mamat tadi nih, dia ni self-proclaimed yang dia adalah seorang geek yang cool! (excuse me, mintak mahap!) yang bercerita tentang trend² terkini dan cerita-cerita ringan dunia remaja. maklumlah kalau orang search trend terkini dan kebetulan terbaca blog dia, bolehlah duit iklan dia naik sikit.

agaknya kerana terlalu memikir site meter untuk menarik jumlah pembaca yang ramai, (tapi dia menafikan apabila didesak oleh seorang pembaca). dia pun menulislah tentang perhimpunan yang berlaku baru² ni dengan ayat² poyo yang mengutuk perhimpunan tu walaupun dia sendiri tidak berada di tempat kejadian.mengalahi peraturan tidak rasmi no 2, rujuk semula perenggan kat atas tu....

lagipun topik perhimpunan tu adalah antara isu yang terhangat hari tu dan boleh tarik ramai pembaca. antara topik teratas dalam carta technorati. penulisan yang tidak disertakan dengan research dan andaian² kosong sahaja. pada pendapat aku, hanya yang berada di tempat kejadian boleh komen lebih². aku pun tutup mulut tengok kat astro jer.

agaknya dia terlalu yakin hari tu yang pembaca² hariannya akan menyokong tulisannya dan akan bertambah cool-lah dia hari tu. brader ‘cool’ yang boleh bercakap pasal politik pulak. sedikit sebanyak menyalahi peraturan no. 1, tiba² tukar konsep, tak pernah cerita pasal politik, tiba² nak cerita pasal politik pulak, tapi kajian tak mendalam.pembaca dia pun 2x5 jer dengan dia, suka bodek² dia seperti biasa sampai dia kembang bontot. aku pun jealous jugak dengan mamat ni, sebab dia cool dan ramai pembaca,

tak macam blog aku yang kesunyian dan tak cukup kasih sayang,:eek: hehe...agaknya sebab dah terlalu muak, adalah 2, 3 orang yang mengutuk mamat ni dengan komen² yang aku rasa sangat logik, matang dan sungguh ilmiah. maklumlah orang lain dah lama hidup dan lebih luas pembacaan dan pengalaman dari mamat ni. (melalui penulisan dia, dah tahu dia dah hidup lama ke tak). yang lawaknya tiba² jer mamat ni jadi ‘defensive’ pulak. tak boleh kena tegur sikit dengan komen yang bernas, cakap ‘cool’, ‘cool’

apa benda macam tu, hehe... agaknya keegoan dah tercabar kot. berbahas pun tak betul fakta, terus kena ketawakan sampai mati kutu tak ada fakta nak balas balik. aku macam nak gila ketawa depan skrin.haha... nasihat aku kat mamat tu (macamlah dia baca blog aku, hehe...) belajarlah lebih sikit, jangan tulis syok sendiri jer, nanti makan diri sendiri. jauh sikit berjalan, biar luas pemandangan. kawan dengan ramai orang, jangan kawan dengan melayu jer, kawan dengan cina, india, jepun atau mat salleh.

cuba dulu kerja yang ada office politik, ada tikam belakang, atau kerja dengan ofis yang ramai bangsa asing, buka sikit otak tu, jangan dalam tempurung jer, barulah boleh mengaku ‘cool’, aparah...puas hati aku dapat kutuk, hehe... ni pertama kali berblog pakai apple (apple lagi), senang sangat, tak macam xp hari tu, mintak password 2, 3 kali, pastu mintak e-mail-lah, leceh.esok nak pergi sempadan nak tengok site clearing, minggu depan ada kick-off meeting dan monthly site meeting, deadline... arggghhh...batuapi
 
walaupun penulisannya byk bebelan..tapi isi yg nak disampaikan tu ada... :) boleh buat panduan..
 
kekekeke, yg penting utk tulis blog ni kita jadilah diri sendiri..
 
blog lah tentang apa yg kita minat...hihi..penting tu utk semangat yg sentiasa konsisten...
 
kekeke..konsistent tu lah ciri2 blogger aku paling failed...
 
aku tak paham la camne nak guna keyword utk wat blog laling leh terang sikit tak?
 
aku tak paham la camne nak guna keyword utk wat blog laling leh terang sikit tak?

Sejarah dia bermula kat sini

1/ nama blog tu susah nak ingat, kalau lagi pendek dan simple sagi best!

2/ sebenarnya bukan senang nak senang, tapi bukan susah nak susah. :)

3/ kamu nye content tak pekat, so akan keluar iklan hurrican tu je. :)

note : saya bercuti mulai ari ni hingga ahad... hehe.. g projek!

Kemudian dia jadi camni

banyak cara utk pekatkan keyword, antaranya:

1/ perbanyakkan tulis artikel pasal keyword yg kita nak.
2/ bermain dengan teknik SEO.
3/ kadang² bold, italic underline juga memainkan peranan.
4/ kalau nak lagi ok, g extract keyword yg kamu nak dan letak dlm website/blog kamu (kira black hat method la ni).

Semoga dapat membantu kamu dengan maklumat yg tak seberapa ni

Syed,
www.jemput.com

Lagi memahami apa itu Keyword Density

To Google_Ads,
Saya dah check web site anda... Didapati keyword anda tidak di high light secara lebih specifik (strong) dan keyword density tiada. Jika dicari didlm google search engine web site anda tidak keluar.... PR 1-3 utk keyword "adsense, google adsense, Make Money". Di sini saya bagi contoh web site yang baik dari segi keyword dan densitynya. Persembahan web site awak boleh tahan hebat... atau follow sample from this site : http://freeforexalert.blogspot.com

SEO apply seterusnya nakaltude..jangan bosan baca lagi yer :D

Ni saya kasi sedikit TIPS dari segi SEO, maybe laling atau adar boleh extract apa yg saya cuba sampaikan sedikit sebanyak ilmu SEO ni.

1/ dalam pemilihan domain mestilah bijak. (bagi yg ada duit, bagus wat cara ni because many experter adsense akan wat begini, mereka beli bundle domain then run site.)

sebagai contoh anda ingin buat pasal diabetis, better beli domain murah seperti diabetes-management-prevention.com diabetes-management-prevention.net , diabetes-management-prevention.cc , dan lain-lain yang bersesuaian.
pastu setiap page, biar ada perkataan jugak means biar jadi http://diabetes-management-prevention.com/what-is-diabetes.html

2/ dalam membuat website, sila isikan metatag, keywords, page description dan title dengan betul. Masukkan keyword yg telah diextract dengan menggunakan google tool.

3/ dalam page plak, density keyword sangat penting. Biar Balance. Guna peratusan 70% keyword dan 30% utk benda lain termasuklah images, video.

4/ jgn abaikan atau terlalu memandang rendah pada header, footer, reply msg dlm blog/website anda kerana semua tu adalah ciri² di mana senang lelabah utk membuat jaringan mereka dan sekaligus senang utk di indexkan.

5/ Backlink dari page yang tinggi PR nya juga penting. benda ni boleh dilakukan dengan meninggalkan link kita di page mereka sebagai contoh dengan memberi komen, menghantar artikel, say hi konsept dan yg sewaktu dengannya. (sebab tu ada banyak spamming forum dan blog sekarang ni, mereka guna software yg bernama xrumor ~ saya ada full crack dia..kekekekekeke)

5 dulu cukup la... faham yg basic ni dulu semaster masternye!

Bila Keyword Berkata-kata dan nampaknya anda faham benar yer #:-S

ws. keyword ni kita boleh perolehi dengan cara keep re-search. samada membuat research di keyworord tool (rujuk page belakang) ataupun dengan membeli list yg telah dihimpunkan oleh orang lain.

Cara guna keyword? keyword ni sebagai asas/konsep utk tulis post dalam blog. contohnya kita pilih keyword ikan kembung. maka startlah wat satu blog/website pasal ikan kembung. get the idea?

Penerangan bagus -

Block Keyword Murah -

and Finally -Rajin membaca lebih baik dari banyak tanya.LOL gurau jer ngan awak :D

Berbalik kepada benda asas.Aniey
GA detect WORD /perkataan /atau bahasa tepat KEYWORD keatas setiap page so kalau page blog awak set jadi 10 post dan setiap post cerita benda berbeza2 iklan masyarakat akan keluar #:-S That why bloggers yg bijak yang cerita blog jenis macam2 or rojak blog dia kan set 1-2 post kat front page.

still tak faham-:-? ok katalah awak tulis post pasal kereta tetapi awak nak iklan pasal rumah kuar so awak bermain kata2 :p chewah! awak tulislah kereta ni sesuai kat rumah jenis ni..dan rumah tu sendiri awak ulang2 nampak banyak perkataan rumah dan rumah tu sendiri nampak penting dalam post anda.ingat rumah rumah dan rumah sahaja adalah keyword anda.rantai/anchor dengan link website jual rumah dsb yang berkaitan rumah.. (perasan tak laling tak secara langsung menunjukan camana nak masukkan keyword rumah hehehe)
and lepas tu check guna tool= cth keyword rumah :)
 
arkh..laling baiknya ko pi quote sume post tu balik..Akukan paling tak suke org tanya benda yg sama berulang tanpa explore sume thread. Beb utk thread blogger ni aku khatam seminggu dok baca jerk sume. Tolonglah diri sendiri jgn harap mkn suap jerk.
 
mak aiihh laling.. bior btol ko pi belek2 pas2 quote balik suma tu.. tabik2....
 
Back
Top
Log in Register