Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 67,449
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 67,449
- Reaction score
- 7,417
- Points
- 916
- Awards
- 1
Kia Grand Carnival merupakan sebuah MPV yang besar dengan enjin berkuasa merupakan pilihan yang tepat bagi sebuah keluarga yang mahukan sebuah kenderaan besar untuk membawa ahli keluarga dengan selamat dan selesa pada masa yang sama. Sebuah syarikat yang berpengkalan di Amerika, UniCamp mengambil kesempatan populariti MPV ini di Amerika telah melancarkan satu produk yang unik untuk Kia Grand Carnival dengan memasang satu khemah khas di atas bumbung MPV ini. Produk ini adalah produk khas bagi pemilik yang sukakan aktiviti lasak tanpa perlu memasang khemah.
Apabila dibuka sepenuhnya, khemah ini mampu menawarkan ruang yang cukup untuk 3 penumpag tidur dalam keadaan berlunjur sepenuhnya. Penutup khemah ini dihasilkan daripada thermoplastic dengan rekaan aerodinamik, sama seperti roof box yang biasa dipasang pada kenderaan lain. Apa yang istimewa ialah, anda boleh memasuki khemah ini dari dalam MPV ini menerusi sunroof yang sedia ada. Selain menyediakan pelapik tidur, khemah ini juga menyediakan bukaan khas pada bahagian sisi lengkap dengan jaring bagi memudahkan udara segar mengalir masuk.
Produk ini merupakan produk yang bagus bagi pemilik yang malas untuk memasang dan menyimpan semula peralatan khemah mereka kerana ia boleh dibuka dan disimpan semula dalam masa 5 saat sahaja. Tapi anda perlu membayar harga yang agak keras bagi aksesori ini kerana ia bukanlah murah. Dengan harga sekitar RM 71,000 (16,000 USD), harga yang dipinta agak keras dan tidak masuk akal langsung. Buat masa sekarang UniCamp sedang membangunkan satu lagi khemah sisi pasang siap dan juga dapur pasang siap bagi pelanggan yang berminat, tapi jangan harap harganya akan mampu milik.
Sumber asal Mekanika.MY