BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ancaman lembu di LPT

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
lembup01.jpg_1512604262.jpg



Kuantan: Adakah hendak tunggu ramai nyawa terkorban baru pihak berkuasa hendak bertindak?

Itu antara persoalan dibangkitkan pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mengenai kebimbangan mereka terhadap aktiviti melepaskan lembu untuk meragut rumput di bahu lebuh raya berkenaan.

Menurut Hazlisham Abu Bakar, 39, perkara itu sudah disedarinya sejak beberapa tahun lalu hingga pernah berlaku kemalangan maut berpunca daripada haiwan ternakan berkenaan.

Senario itu boleh dilihat pengguna LPT apabila melalui kawasan lebuh raya terutama di kawasan ladang sawit FELDA Panching, yang bersebelahan kawasan lebuh raya diselia ANIIH Berhad menghala ke Kuala Lumpur.

“Kalau nak tengok lembu ini meragut rumput di kawasan bahu lebuh raya, pandu kereta sekitar jam 11 malam ke atas, pasti jumpa kawanan lembu yang meragut rumput.

“Bahkan lembu ini dalam jumlah besar, 10 hingga 20 lembu dibiarkan meragut rumput di kawasan itu,” katanya, baru-baru ini.

Hazlisham yang juga pekerja swasta memaklumkan, dia sering menggunakan LPT sebagai jalan utama untuk ke tempat kerja di bandar Kuantan dan mendakwa sering melihat aktiviti yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya pada sebelah malam.

Bagaimanapun, beliau tidak ingin menyalahkan mana-mana pihak namun berharap ia dapat diselesaikan sebelum berlaku tragedi hingga membangkitkan kemarahan masyarakat.

Sementara itu tinjauan Harian Metro di LPT bermula di Plaza Tol Kuantan menghala ke Plaza Tol Jabor, kelmarin mendapati dakwaan yang dibangkitkan pengguna lebuh raya itu mempunyai asas.

Tinjauan yang dilakukan bermula jam 11 malam hingga 1 pagi itu mendapati kira-kira 10 hingga 15 lembu yang dibiarkan meragut rumput di bahu lebuh raya LPT tanpa pengawasan.

Malah ketika pemerhatian, kumpulan haiwan itu meragut rumput hanya 15 meter dari kawasan lebuh raya.

Ini sekali gus menimbulkan tanda tanya apabila aktiviti itu dibiarkan tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan pihak berwajib.

Ketika tinjauan selama dua jam, terdapat beberapa kenderaan dipandu laju yang mampu menyebabkan kemalangan dahsyat sekiranya haiwan ternakan itu memasuki kawasan lebuh raya.

Harian Metro pada Ogos lalu mendedahkan terdapat aktiviti memotong pagar keselamatan lebuh raya dipercayai bertujuan membolehkan haiwan ternakan memasuki kawasan lebuh raya.

Tindakan itu secara tidak langsung mempertaruhkan nyawa masyarakat manakala satu penyelesaian segera perlu dilakukan termasuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada.






sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/291371/ancaman-lembu-di-lpt




.
 
kena ada tindakan lebih tegas.. kesedaran + penguatkuasaan... Politik dok jauh2
 
operator highway tangkap je lembu2 tu..

kenakan denda yang tinggi..

kalo tuan xtuntut, sembelih je..

bley laa bagi toll free ke pengguna..
 
dulu dah angkut lembu lembu tk LPT. skrg ada lg.
pencuri pencuri lembu patut aim kawasan lpt ni.
 
lembu ni kategori barang berharga dh skrg..tu pun tuan lembu dok biarkan lg
 
cuma sy hairan..kalo dkt area kg atau ladang sawit.. x cukup ke rumput nk ragut dlm kebun sawit tu.. ?
tindakan potong pagar utk biar lembu meragut rumput di bahu jalan tu rasa lebih menguntungkan pencuri lembu dr tuan bela lembu..
parking je lori situ dan pikul.. tak tau owner ni pandang kot mana yg tindakan tu lebih menguntungkan.. :-?
 
cuma sy hairan..kalo dkt area kg atau ladang sawit.. x cukup ke rumput nk ragut dlm kebun sawit tu.. ?
tindakan potong pagar utk biar lembu meragut rumput di bahu jalan tu rasa lebih menguntungkan pencuri lembu dr tuan bela lembu..
parking je lori situ dan pikul.. tak tau owner ni pandang kot mana yg tindakan tu lebih menguntungkan.. :-?

kot2 rumput kat ladang diorg selalu sembur racun..tu yg diorg lepas kat tempat lain. paling senang tepi highway. nyawa org lain diorg x kisah pun asala lembu diorg gemuk.. sampai hari raya korban, boleh collect duit banyak2 walhal lembu tu x layak pun dibuat korban.

patut penguatkuasa bawak lori banyak2, punggah je lembu2 ni time malam..sebab time malam la diorg banyak kat tepi2 jalan tu.
 
Back
Top
Log in Register