eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Kerana tidak berpuas hati isterinya membuat laporan polis berhubung pertengkaran mereka, seorang lelaki mengugut akan membakar dirinya sendiri dan bayi mereka yang berusia lapan bulan di Taman Nirwana, dekat sini, Sabtu lalu.
Malah, lelaki itu turut bertindak biadab apabila menendang seorang pegawai polis wanita yang ketika itu cuba memujuk dan menyelamatkan bayi berkenaan kerana khuatir suspek melakukan perkara tidak diingini.
Difahamkan kejadian terbabit berpunca dan bermula sehari sebelum itu, apabila suspek dan isterinya yang juga seorang pengarah di sebuah syarikat bertengkar berhubung masalah peribadi.
Bagaimanapun, wanita yang berusia 32 tahun itu keluar rumah dengan membawa dua anaknya masing-masing berusia empat dan tiga tahun selepas tidak tahan dengan pertengkaran terbabit.
Menurut sumber polis, sejurus mendapati keadaan kembali tenang, wanita itu pulang ke rumah, namun suaminya sekali lagi memarahi mangsa kerana dia mengetahui wanita terbabit membuat laporan polis berhubung pertengkaran mereka sebelum itu.
“Suami mangsa turut memarahi wanita itu kerana dia tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya melarikan diri dan juga membawa anak mereka keluar rumah.
“Lelaki terbabit juga mendesak wanita berkenaan menyerahkan laporan polis yang dibuat kepadanya, namun mangsa enggan mengikut arahan terbabit,” katanya.
Sumber terbabit berkata, keengganan wanita itu memberikan laporan polis berkenaan membuatkan lelaki terbabit mula berang dan dia tiba-tiba naik angin dan mencekik leher serta menampar muka mangsa beberapa kali.
“Walaupun diserang suami, mangsa cuba melawan untuk mempertahankan diri dan dia berjaya melarikan diri keluar daripada rumah terbabit.
“Namun, ketika itu hanya seorang anaknya yang berusia empat tahun dilarikan manakala bayinya yang berusia lapan bulan tidak sempat diambil mangsa,” katanya.
Bagaimanapun, tidak lama selepas melarikan diri, suami mangsa menghubunginya dan mengugut akan membakar rumah dan dirinya bersama bayi mereka membuatkan wanita terbabit mula ketakutan sebelum dia menghubungi polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, susulan maklumat yang diberikan isterinya, sepasukan polis bergegas ke rumah terbabit.
“Sejurus tiba, polis masuk namun ketika itu, lelaki terbabit berkurung dengan bayinya di sebuah bilik tingkat atas rumah itu.
“Namun, selepas dipujuk, lelaki itu membuka pintu dan ketika seorang pegawai polis wanita mahu menyelamatkan bayi yang dikurung, suspek tiba-tiba bertindak di luar jangkaan apabila dia menendang pegawai terbabit beberapa kali,” katanya.
Menurutnya, bagaimanapun bayi berkenaan dapat diselamatkan dan pegawai polis itu mengalami lebam di beberapa bahagian badan.
“Suspek dapat ditahan dan dia yang berusia 30-an kini direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 332, 323 dan 506 Kanun Keseksaan.