BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak pegawai khas MB positif kencing tikus

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mohd Najmuddin (kanan) bersama isterinya melihat Nur Hasya yang disyaki dijangkiti virus leptosiprosis di Hospital KPJ-ISH, semalam.
< 1 / 1 >
IPOH - Dua anak perempuan kepada Pegawai Khas Hal Ehwal Islam Menteri Besar Perak, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias dimasukkan ke Hospital Pakar I(KPJ-ISH) Selasa lalu kerana dikhuatiri dijangkiti virus leptospirosis (kencing tikus).

Mohd Najmuddin berkata, Nur Hasya Rushaida, 15, bersama adiknya, Nur Sakinah Hayani, 13 dikesan mengalami demam, Khamis lalu dan dibawa ke klinik untuk rawatan namun demam Nur Hasya berlarutan sementara adiknya beransur pulih.

Beliau berkata, Nur Hasya Rushaida yang merupakan anak ketiga dari empat beradik sering demam pada waktu malam, namun selepas keadaannya semakin teruk, beliau telah membawa anaknya itu ke hospital.

"Selepas sampel darah diambil, keputusan menunjukkan anak saya positif virus kencing tikus. Namun pihak hospital masih menjalankan beberapa ujian melalui air kencing dan najis untuk kenal pasti punca.

"Nur Hasya Rushaida berada dalam keadaan tidak normal dan tidak memberi reaksi apabila berulang kali dipanggil. Selera makannya juga berkurangan sejak ditempatkan di hospital," katanya ketika ditemui bersama isterinya, Datin Ummi Kalthum Mohd Hosni dan anak bongsu, Nur Sakinah di hospital berkenaan, semalam.

Mohd Najmuddin berkata, ini merupakan kali pertama mereka sekeluarga berhadapan dengan situasi berkenaan, namun reda dengan ketentuan ALLAH serta mendoakan yang terbaik buat Nur Hasya Rushaida.

"Saya harap pihak berkuasa tempatan jalankan pemeriksaan kebersihan dan kesihatan lebih kerap terutama di premis makanan yang dipercayai salah satu punca penularan virus ini.

"Saya nasihatkan masyarakat agar segera dapatkan rawatan jika ahli keluarga mengalami demam. Jangan biar demam berlarutan kerana kita tidak tahu punca sebenar. Jalani pemeriksaan lanjut sebelum bertambah serius," katanya.

Nur Hasya Rushaida adalah pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Said dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Oktober ini.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/anak-pegawai-khas-mb-positif-kencing-tikus-1.196665
 
bagus pemakaian wife penasihat khas MB yg ni
 
Kesian. Abg doakan adik cpt sembuh k nur hasya..comel gak dia ni..heheh
 
dah jadi pegawai khas MB rupanya datuk ni..ptt la dh x nmpk laie dlm forum perdana..
 
kat ulu bendul byk kes kencing tikus... tak caya pi tanya doktor2 kat pilah. so takyah la pi ulu bendul da
 
Back
Top
Log in Register