BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Michael Douglas ditangkap

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
NEW YORK - Anak lelaki pelakon terkenal Michael Douglas iaitu Cameron Douglas, 30, ditahan polis berhubung dadah di sebuah hotel mewah di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan anak tunggal daripada isteri pertama Michael iaitu Diandra Luker, ditangkap di Hotel Gansevoort di Manhattan pada 28 Julai lalu ketika melakukan urusan penjualan pil metaphatamine.

Dia pernah ditahan di California pada 2007 kerana memiliki kokain tetapi kes itu digugurkan kerana tidak cukup bukti.

Michael yang memenangi anugerah Oscar dan Golden Globe untuk filem Wall Street pada 1987 gagal dihubungi untuk mendapatkan komen.

Dia turut mempunyai dua anak lagi iaitu Dylan dan Carys bersama isteri kedua, Catherine Zeta-Jones. - AP
 
Back
Top
Log in Register