BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Lemas Dalam Najis~~~~~~~~

W810

Active Member
Messages
1,644
Joined
Apr 20, 2009
Messages
1,644
Reaction score
31
Points
30
mainpix.jpg


KEMAMAN: “Saya terkejut sebaik dimaklumkan penduduk kampung bahawa anak lemas dalam kolam kumbahan najis kerana menyangka dia di rumah,” kata Zaimah Abdullah, 30, ibu Mohd Idris Mohd Zawawi, 4, yang ditemui lemas dalam kolam kumbahan najis di Taman Rakyat Bestari, Bukit Kuang, Chukai, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, sebelum kejadian, Mohd Idris bermain bersama abang dan adiknya, malah sempat meminta wang daripada suaminya, Mohd Zawawi Awang, 39, untuk membeli gula-gula di kedai berhampiran.

Katanya, Mohd Idris memberitahu mahu ke kedai kira-kira jam 6 petang dan berjanji pulang selepas membeli gula-gula menyebabkan dia terkejut apabila beberapa penduduk memaklumkan kejadian itu.

“Selepas menyedari arwah tiada, saya bergegas ke kolam kumbahan najis kira-kira 100 meter dari rumah dan ketika itu hanya Tuhan yang tahu perasaan sebaik menemui sepasang selipar milik arwah di tepi kolam itu,” katanya.

Berikutan itu, penduduk menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat memaklumkan kejadian berkenaan dan pasukan terbabit tiba 15 minit kemudian.

“Pasukan berkenaan menemui arwah di dasar kolam sedalam hampir empat meter dalam keadaan badan kebiru-biruan,” katanya.

Zaimah berkata, dia langsung tidak menyangka tragedi menyayat hati itu menimpa keluarganya kerana sebelum itu dia begitu bimbang apabila melihat kanak-kanak memasuki dan bermain di kawasan kolam berkenaan.

“Saya bimbang setiap kali melihat kanak-kanak bermain sekitar kolam itu kerana airnya dalam, manakala pagar kawasan terbabit rosak menyebabkan mereka mudah bermain di situ,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, jirannya memberitahu melihat anaknya berjalan seorang diri menuju ke kolam berkenaan jam 6.30 petang.

“Mereka beritahu walaupun dilarang, dia tetap mahu ke kolam berkenaan dengan terus berjalan seorang diri sedangkan dia tidak pernah bermain di situ sebelum ini dan saya terkejut apabila mendapat tahu pergi seorang diri,” katanya.

Katanya, sebaik ditemui, pasukan penyelamat berusaha sedaya upaya memberi bantuan pernafasan untuk menyelamatkan nyawa anaknya, namun gagal.

“Arwah anak ketiga daripada empat beradik dan seorang yang periang dan penyayang. Namun, dua tiga hari sebelum ini, dia kelihatan muram dan lebih banyak berdiam diri dan sering berseorangan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah Kemaman, Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman (HK) untuk bedah siasat dan sudah dituntut keluarga kira-kira jam 11 malam hari kejadian untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur,” katanya.
 
aik???
pekeheeynya..?
merajuk??
:-?
 
bahaya betul..tak berkunci ke tempat tu? Budak-budak besar gini mana dia tau apa2...erm
 
lpas kes nie siap selenggaralah pagar.......yelah dah ade kes...
sblum nie biarlah...jimat kos!!!
 
dah ajal, tapi org tua kena selalu pantau anak2 kerana zaman sekarang macam boleh jadi.....




:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
ajal dia dh smapai dh nie..kena la redha dgn kententuan ilahi nie
 
semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman.. amien...
 
pasni pagar tu pakai bata la....buat tinggi2...2 kes da kerana pagar...
 
Back
Top
Log in Register