BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak koperal polis maut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PORT DICKSON - Anak seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, di Batu 5 Jalan, Pantai Port Dickson, kira-kira jam 12.10 tengah malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa, Muhamad Shafiq Mohd Rozek, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Mangsa adalah anak kepada anggota Cawangan Narkotik IPD Port Dickson, Koperal Mohd Rozek Azmi.

“Dalam kejadian itu, mangsa dari arah Telok Kemang menuju ke Port Dickson bersama seorang rakannya yang menunggang motosikal berasingan bertembung dengan sebuah kereta,” katanya.

Abd Wahab berkata, pemandu kereta berkenaan yang juga sebagai seorang penyelia di sebuah stesen minyak di Port Dickson ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes di siasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sesiapa yang melihat insiden berkenaan boleh terus menghubungi pegawai penyiasat di talian 018-3189164.

“Jenazah mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat,” katanya.

Mohd Rozek berkata, Muhamad Syafiq merupakan anak kedua daripada enam beradik adalah seorang anak yang sangat baik.

“Muhamad Syafiq baharu sahaja pulang ke rumah selepas tiga hari dia menyertai pertandingan bola lisut di sebuah sekolah di Palong Jempol.

“Motosikal yang ditunggangnya baharu sahaja dibeli beberapa hari lalu. Saya tidak sangka perkara begini akan terjadi kepadanya,” katanya dalam keadaan sedih ketika ditemui di tempat kejadian.
 
Back
Top
Log in Register