BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak kecil curi RM50,000

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Tindakan seorang ibu berkongsi kod laluan peti besi dengan anak lelakinya berusia 12 tahun membawa padah apabila wangnya berjumlah RM50,000 disimpan dalam peti berkenaan lesap dipercayai dicuri kanak-kanak berkenaan.

Kehilangan wang berkenaan disedari mangsa yang berusia 32 tahun apabila mendapati peti berkenaan kosong ketika membukanya di rumah mereka di Bukit Kuang jam 10.20 pagi, Rabu lalu.


Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai peniaga di pusat bandar ini mengesyaki anak lelakinya, murid tahun enam sebuah sekolah rendah terbabit dengan kehilangan wang berkenaan.

Sumber berkata, sebaik mendapati wang simpanannya lesap, mangsa segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.


“Polis menahan kanak-kanak terbabit pada jam 11.45 malam, Rabu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,“ katanya.


Menurutnya, hasil soal siasat terhadap kanak-kanak itu, polis menahan dua lagi rakannya masing-masing berusia 13 dan 14 tahun dipercayai terbabit melakukan jenayah berkenaan.

“Dua remaja terbabit yang masih bersekolah dalam tingkatan satu dan dua ditahan di rumah keluarga masing-masing.


“Kanak-kanak terbabit mengaku mencuri wang berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, tiga pelajar terbabit direman di IPD Kemaman selama tiga hari.


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kes berkenaan dan penahanan tiga pelajar berkenaan bagi membantu siasatan.



sumber:http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/AnakkecilcuriRM50_000/Article/index_html
 
hambik kau..50k ank rembat..taman aku ni dlu pun ada kes lebih kurang, tp xsmpy 50k la..
 
kecik2 da pandai curi..
 
kecik2 jadi pencuri dah besar jadi penyamun pulak.
 
ni bukan anak kecil kalau 12 tahun.ni anak setan namanya :))
 
berkongsi kata laluan bermaksud kongsi dalamnya sekali
 
joli sakan kalau terlepas ni, habis duit cari mak ayah balik.
 
Back
Top
Log in Register